Kota Bukit Supai

Jalan-jalan naik kereta,tetiba nampak sesuatu menarik di sini. Assalamualaikum semua. Sekarang saya berada di lokasi sejarah negara kita iaitu Kota Bukit Supai. Ianya terletak di Kuala Linggi, Melaka. Untuk info lanjut mengenai sejarah lokasi ini boleh lah baca di SINI. Kami pun sebenarnya secara tidak sengaja terjumpa lokasi ini. Dapatlah kita berkongsi lokasi ini dengan kawan-kawan yang lain. Lokasi ini agak tersorot,dan mungkin ianya masih belum dikenali ramai.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Bila  ke lokasi sejarah,seperti Kota Bukit Supai ini. Dalam kepala terlintas...ooooo orang dulu-dulu sangat gigih mempertahankan kedaulatkan negara. Bukan senang nak merdeka.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Memang tiada pelancong lain. Kamilah pelancong VIP. Kami jalan menaiki bukit untuk melihat,merakam sekitar lokasi ini. Ada jalan tikus rupanya. Nak tahu kena terjah lokasi ini.

www.ceritaku.my

Kota Bukit Supai ini terletak di Muara Kuala Linggi,ianya bersempadan dengan bandar Masjid Tanah. Pemahaman saya dari bacaan semasa,wujudnya Kota Bukit Supai ini adalah hasil dari persefahaman perdamaian antara pihak Bugis dan Belanda. Kota ini sebagai tanda lokasi jajahan utara pihak Belanda bagi memantau pergerakan kapal dari Kuala Linggi ke selatan Selat Melaka. Senanglah pihak Belanda memantau dan mengutip cukai. Itulah kisahnya. Apa pun sejarah mengajar kita untuk bergerak,berfikir ke arah kemajuan. Nak datang lokasi ini amat senang,jika yang dari arah Kuala Lumpur boleh exit highway Alor Gajah, Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru dan Kuala Linggi.(Ini laluan kami)...Laluan anda? Bila lagi?

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen