Dubrovnik

www.ceritaku.my

Hello... Dubrovnik. Naik bas ke Croatia. Pemandangan asyik dengan kehijauan bumi dan alam yang indah. Tengok rumah mereka bertingkat-tingkat atas bukit. Malaysia bertingkat ke atas. Memang satu pemandangan kediaman yang berlainan berbanding negara kita.


www.ceritaku.my

Kota lama,kota sejarah. Kami nak juga tidur dalam kota lama ini. bayangkan petang dengan pancaran matahari yang memeritkan mata,jalan mencari hotel untuk tidur. Semuanya agak mahal,kami budget nak murah ..yang penting nak tidur dalam kota lama ini. Maklumat yang kami dapat ada lokasi penginapan.

www.ceritaku.my

Tapi kenalah pandai cari,pandai tawar-menawar. Sebabnya dalam kota lama ini rumah penduduk dijadikan budget hotel. Akhirnya kami dapat juga menginap di kota lama yang dikelilingi dengan kejernihan lautan Adriatik.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Memang puas hati bila dapat menginap dalam kota lama. Lagi syok dan terbaiknya kami menginap dengan makcik Rubiah seorang beragama islam. Maaf lupa nama inggerisnya. Aktiviti petang kami penuhi dengan sesi lawat tapak sekeliling kota lama. Rujuk gambar atas ye!

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Memang mengasyikkan suasana sekeliling kota ini. Jangan sesekali kesal ,tapi kena kesal jika jejak kaki ke Croatia tak singgah di Dubrovnik.

www.ceritaku.my

Malam yang sibuk dengan pelancong. Ramai pula. rasanya petang tadi masa kami sampai tak lah ramai sangat. Selidik...punya selidik rupanya ramai pelancong yang menginap di luar kota ini. Macam berada dalam filem cowboy...atau robin hood ketika malam. Lagi info tempat ini. Klik DUBROVNIK.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Kami sangat bernasib baik berjumpa dengan makcik Rubiah. Bolehlah tanya lokasi makanan halal. Tapi makanan halal Malaysia adalah yang terbaik. Nak tahu cerita lanjut,sila belanja kopi dulu. Kami cari masjid.Makcik Rubiah yang memaklumkan pada kami. Lokasi tersorok. Tapi mampu dicari dengan keramahan kami bertanya semua orang. Sempat jumpa dengan Imam masjid ini,rakyat Bosnia.


www.ceritaku.my

Selesai berborak dengan imam masjid. Kami keluar meninjau suasana malam. Lengang,sebab ketika ini ramai yang seronok mengadap hidangan malam sambil menikmati tiupan dingin dari lautan adriatik.

www.ceritaku.my

Ini pula gambar pintu utama kota lama ini. Menurut maklumat yang kami perolehi,malam khabarnya pintu ini ditutup. Kami tak boleh berlama santai di luar kota nanti tak boleh masuk. Semalaman saja kami di sini. esok nak ke lokasi lain.

www.ceritaku.my

Ini gambar waktu pagi dalam kota Dubrovnik. Rasanya macam dah lewat bangun,rupanya kami awal. Memang terdengar azan subuh dari bilik rumah makcik Rubiah,kami tidur tak tutup tingkap. Sejuk wei....tapi best sangat.

www.ceritaku.my

Alhamdulillah akhirnya sampai juga bas yang ditunggu. Bas ini hanya menuju ke bandar saja. Dalam 20 minit sampai lah. Dari bandar baru kami bergerak ke lokasi seterusnya. Sangat berharap ada bas untuk ke lokasi seterusnya,ialah tak perlu bazir masa menunggu dan dapat lihat tempat baru. Ok...kami jalan dulu kita jumpa di Kotor. Assalamualaikum.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen