Bucharest, Romania

Kita merancang sebaik mungkin mengikut perkiraan akal kita. Allah menentukan segalanya. Assalamualaikum,kami tukar lokasi naik ke negara ...


Kita merancang sebaik mungkin mengikut perkiraan akal kita. Allah menentukan segalanya. Assalamualaikum,kami tukar lokasi naik ke negara Romania, kami ke Bucharest. Janji nak jumpa kawan.


www.ceritaku.my

Kali ini naik keretapi. Ianya murah dan berbaloi,sambil santai ambil gambar kenangan dan boleh lihat suasana perkampungan lebih dekat.

www.ceritaku.my

Sampai saja kami terjah cari guesthouse lokasi kawan kami bekerja. Seronok dapat bertukar pendapat dan kongsi pengalaman. Kami rehat, santai dan boleh beriadah di taman berdekatan. Memangkan guesthouse kami agak jauh kami perlu naik trem untuk ke bandar. Sepanjang masa di bandar kami lebih banyak berjalan dan berjalan.



www.ceritaku.my

Terasa macam warga tempatan pula. Mana tidaknya,turut berjemur di taman. Kononnya nak turut serta dalam trip pelancong yang dikelolakan oleh sukarelawan di taman ini. Tetapi terpaksakan hasrat kerana terlalu lama menunggu sehingga lebih 30 minit. Kami ambil keputusan bergerak sendiri.


www.ceritaku.my

Seperti lokasi lain...old town adalah lokasi utama yang dijadikan tarikan untuk pelancong tuju ke situ. Seterusnya gereja lama yang masih mengekalkan unsur seni bina asli yang turut dijadikan simbol tarikan pelancong.


www.ceritaku.my

Hanya 2 hari kami di sini. Kami perlu pulang ke Turki.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

2 gambar diatas merupakan syarikat pengangkutan yang menghubungkan Romania dan Turki. Ada cerita sangat menarik mengenai perjalanan kami ini. Seperti biasa siapa yang sedia belanja tomyam baru kami ceritakan.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif