www.ceritaku.my

Assalamualaikum....bertemu kembali. Masih lagi mengenai cerita di Jawa Tengah. Mesti pembaca sekalian tertanya-tanya kami tak membeli-belah ke? Tak logiklah kalau saya tak membeli dan menghabiskan sedikit wang rupiah di Jogjakarta. Kami pun mulalah mencari Pasar Klewer ini kerana kononnya nak membeli dengan banyak atau secara borong. Kalau anda peniaga dan mahu membeli-belah untuk dibawa dagangan ke Malaysia inilah lokasinya. Pasar Klewer ini menawarkan barangan dagangan seperti baju batik, selendang dan beraneka lagi pilihan pakaian dengan harga borong. Maaflah,kami tidak banyak lampiran gambar kerana tidak dibenarkan mengambil gambar disini. Tapi jangan kecewa anda masih boleh melihat coretan dan gambar mengenai Pasar Klewer di SINI. Jangan lupa anda juga boleh lihat banyak lagi gambar menarik di halaman CERITAKU ,jangan segan-segan klik LIKE di situ.

www.ceritaku.my

Alhamdulillah....assalamualaikum sekalian. Akhirnya kami jejak kaki di Kawah Sikidang. Masih lagi di Dieng,Jawa Tengah.Sebaik saja melangkah ke lokasi ini bau belerang sudah menusuk ke lubang hidung.Menurut maklumat penduduk setempat di lokasi ini terdapat juga kawah kecil yang merata jadi kita perlu berhati-hati sepanjang perjalanan agar tidak memijak kawah kecil dikhuatiri terjerumus ke dalam kawah.



www.ceritaku.my

Sila patuhi arahan tidak menyalakan putung rokok bagi perokok.Ianya sangat merbahaya. Sejauh 30 kaki lagi saya sudah mendengar air menggelegak diperut bumi,umpama kita merebus telur di dalam periuk begitu lah bunyinya. Amat menakutkan,


www.ceritaku.my

Jangan risau anda masih boleh melihat kawah gunung berapi ini dari dekat. Hanya perlu patuhi arahan agar tidak melepasi pagar yang terlalu hampir dengan bibir kawah. Utamakan keselamatan. Jika anda berpeluang ke Dieng,jangan lepaskan peluang melawat Kawah Sikidang ...anda pasti mensyukuri segala kejadian alam ini bila anda berada di sini.Lagi gambar menarik anda boleh Like di SINI.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home