Assalamualaikum. ..apa khabar semua. Kami di Jogjakarta@Yogyakarta sihat alhamdulillah. Bersambung kisah kami ketika mula jejak kaki di Pulau JAWA ini. Dengan menaiki bas awam kami terjah lokasi penginapan di Jalan Malioboro.  Lokasinya betul - betul ditengah bandar. Turun saja bas terus bertanya pada penduduk situ. Rupanya dekat sangat. Bestnya, kami pula jadi pemandu pelancong pada 2 warga Eropah yang ingin menuju lokasi sama. Berpisah kami dipertengahan jalan, kerana hotel yang kami booking melalui Agoda sangat dekat. Alhamdulillah. Selamat untuk check in. Bye...nanti saya sambung lagi, nak pergi jalan-jalan ni.


Assalamualaikum, Salam jelajah budaya serantau. Kami dah sampai di Jogjakarta@Yogyakarta...flight delay dari Malaysia. Awalnya kami dah buat perjanjian dengan tuan motor untuk terus menyewa motornya pada hari kami sampai. Tetapi bila dihubungi ...tiada jawapan dihujung talian. Keputusan diambil kami akan bergerak ke hotel. Abe Mat dah tempahan melalui Agoda. Nak tahu kami naik apa ke hotel..? Hahaaa..kami naik bas. Ianya lebih murah hanya 6 ribu rupiah untuk 2 orang berbanding dengan teksi yang mahu tambang sebanyak 80 ibu rupiah. Banyak kami jimat. Macam kampung sendiri pula. Okey..akhirnya kami selamat sampai juga di hotel. Nanti saya sambung cerita lagi. Jangan lupa gambar menarik dan terkini fb saya dan halaman Ceritaku Untuk Mu.


www.ceritaku.my

Assalamualaikum. ..Salam kembara, Salam jelajah budaya serantau alam dari kami. Selamat bercuti bersama yang tersayang. Jaga diri sepanjang percutian kalian. Kami pun bercuti juga..ke negara Indonesia. Insyaallah. ..pembaca sekalian akan dapat lintas-langsung dari kami sepanjang percutian di sana. Awal pagi lagi kami sudah check in mobile di rumah...senang sikit tak perlu tergopoh-gapah bila sampai di LCCT kelak. 


www.ceritaku.my

Bila check in mobile ni..kenalah dapatkan boarding pass di kiosk AA. Scan barcode dari email terus dapat 2 boarding pass. Tetapi kena pula cop di kaunter AA yang ada di situ. Tujuannya untuk pengesahan saja. Dah selesai boleh beratur untuk urusan kastam dan menunggu di pintu pelepasan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian...kami masih menunggu untuk terbang pada jam 3 sekejab lagi. Saya tinggalkan pembaca sekalian dengan coretan ringkas perjalanan kami ini, insyaallah kalau ada peluang akan saya update perkembangan terkini kembara atau jelajah budaya kami ini. Selamat bercuti dari kami buat semua pembaca. 



www.ceritaku.my

Assalamualaikum...salam kembara,salam jelajah bumi Allah dari kami buat semua pembaca. Apa khabar semua? Seronok mengembara jangan lupa balik kampung jumpa keluarga tersayang.Dari Kuala Lumpur ke Kelantan...eemm,untuk pengetahuan pembaca kami orang Kelantan. Jadi laluan utama Gua Musang ke Kota Bharu adalah laluan yang paling kerap kami lalui. Begitu juga laluan Kuala Lumpur-Kuantan-Kuala Trengganu-Kota Bharu... Kali ini kami ingin berkongsi laluan baru tapi sudah diketahui ramai...Kami nak pulang ke Kuala Lumpur. Abe Mat memilih untuk meneruskan perjalanan melalui jalan Lojing...dapatlah kami merasa pengalaman melalui jarak Bandar Gua Musang hingga ke persimpangan Kuala Betis...(sukar juga,jauh pula itulah tanggungjawab yang perlu adik saya lalui untuk berkhidmat kepada  negara).Melepasi Lojing hingga sampai kami di sempadan negari.



www.ceritaku.my

Cuaca yang panas terik,perit mata menahan panahan mentari. tidak pula terasa sejuk Cameran Highland.Kalau ikutkan jarak Lojing ke Simpang Pulai hingga ke Kuala Lumpur memang jauh sedikit. Ianya lebih dekat jika kami meneruskan perjalanan dari Gua Musang ke Benta melintasi Raub,Bentong dan Kuala Lumpur. Oleh kerana mahu menikmati alam...laluan jauh jadi pilihan. Tetap berpuas-hati.Dapat lah merasa aiskrim strawberi bila singgah di kedai ini...(lihat gambar bawah).


www.ceritaku.my


Mujur kami tak masuk  bandar ( Tanah Rata),rupanya berlaku kesesakkan disepanjang perjalanan ke Tanah Rata.Kebetulan pula banyak kedai disepanjang jalan ini tutup.Nasib baik kedai ini buka.


www.ceritaku.my

Uniknya kedai ini...siapa yang tahan malu,bolehlah main permainan ini.Ramai pula pengunjung,maklumlah inilah satu-satunya kedai yang buka.

www.ceritaku.my

Saya seperti biasa tak melepaskan peluang untuk membeli sayur-sayuran. Nak penuhkan peti sejuk dengan tumbuhan hijau ini.Harganya murah dan berpatutan.
Nak tahu kami sampai rumah jam berapa? 8 malam ..hujan sepanjang jalan di laluan lebuhraya utara-selatan,hingga jarak penglihatan terhad. Sesak usah dicakap..ada juga kemalangan. Apa pun kami selamat sampai ...alhamdulillah. Inilah perjalanan cuti-cuti balik kampung kami. 






Assalamualaikum. ...Salam kembara ..Salam jelajah buat semua pembaca sekalian. Semua sibuk dengan tiket kapal terbang dan lokasi penerbangan jika berada di MATTA FAIR ini.



Sayang nya. .MATTA FAIR 2014 untuk awal tahun ini bakal berakhir sebentar lagi. Ada yang nak tahu lokasi terjah kembara kami..kenalah tunggu ceritanya dalam blog ini. Bagi kawan-kawan yang sudah membeli tiket percutian melalui MATTA FAIR. ..ini kami ucapkan selamat bercuti bersama yang tersayang. 


www.ceritaku.my

Assalamualaikum...salam kembara,salam jelajah dari kami. Heboh masyarakat bercerita mengenai JK2PP. Mulanya terfikir juga apa itu JK2PP....ooo rupanya singkatan kepada Jambatan Kedua Pulau Pinang.Kalian teruja tak? Sebelum ini kami memandang dari jauh saja projek JK2PP ini. Pelbagai khabar angin mengenai projek hebat ini. Maklumlah pembinaan di tengah lautan,dan panjang pula berbanding dengan Jambatan Pulau Pinang sebelumnya.


www.ceritaku.my

Kami mencuba JK2PP ini pada 9 Mac 2014 yang lalu. 9 hari selepas JK2PP yang sepanjang 24km ini dirasmikan oleh PM Datuk Seri Najib. Sayangnya cuaca kurang baik dengan keadaan jerebu sekarang. Namun kami masih boleh melihat kawasan penternakan ikan di sebahagian laluan JK2PP ini.



Pembinaan JK2PP ini menelan belanja sebanyak 4.5Billion....khabarnya. Bertuahnya penduduk Batu Kawan boleh terus menyeberangi menggunakan JK2PP terus ke Batu Maung.Mengenai kadar tol..tunggu saja pengumuman dari pihak bertanggungjawab. Buat masa ini hargailah sepanjang sebulan tempoh penggunaan percuma JK2PP ini sebelum pihak berkenaan mengenakan bayaran.Sebulan saja percuma. Lepas ini sediakan wang sebelum menyeberang jangan risau turut dikhabarkan kadar tol berkemungkinan tidak melebihi rm10. Apa-apa pun memang kami seronok mencuba JK2PP ini. Yang baru pasti seronok dicuba,pilihan di tangan pengguna pilih lokasi anda bila sampai di Pulau Pinang sama ada mahu menggunakan JK2PP atau pun Jambatan Pulau Pinang. 2 lokasi berbeza,dengan jarak berbeza. Tahniah buat negara ini merupakan satu lagi mercu tanda Jambatan Terpanjang Di Asia Tenggara.



www.ceritaku.my

Assalamualaikum...salam jelajah bersama kami. Untuk kali ini kami ingin bawa pembaca sekalian meninjau sejarah Pasir Salak yang terletak di pekan Kampung Gajah ,Perak. Perjalanan ke sini kena menempuh pemandangan sawah padi atau jelapang padi sebelum sampai ke pintu gerbang utama ini. Memang hebat orang Kampung Gajah ini..berbanggalah kalian kerana kewujudan Komplek Sejarah Pasir Salak yang terkenal seluruh Dunia.


www.ceritaku.my

Sejarah Pasir Salak terkenal sedunia. Angkuhnya JWW Birch sehingga menyebabkan kematian dirinya. Malah di Pasir Salak ini juga merupakan bukti kemuncak kemarahan penduduk menentang penjajah.Bila anda masuk saja di Terowong Pasir Salak ini,anda akan berada dalam dunia Perak dahulu-kala. Nikmatilah bahan bacaan di sana,kerana dengan membaca sejarah lampau kita akan lebih memahami sejarah kewujudan Pasir Salak ini.Selesai saja di terowong ini jangan lupa untuk meninjau Galeri Keris yang berada di aras bawah terowong ini. Gambar paparan Galeri keris boleh dilihat di facebook Ceritaku.


www.ceritaku.my

Selesai saja di galeri keris,kami meninjau sekeliling komplek sejarah ini. Dapatlah mengambil gambar rumah lama ini. Untuk pengetahuan pembaca pada tahun 2005,Pasir Salak masih merupakan sebuah perkampungan tradisional Melayu yang masih beridentiti rumah kutai atau rumah limas negeri Perak.


www.ceritaku.my

Yang dinyatakan di sini ialah lokasi tapak JWW Birch dibunuh,terletak di pinggir sungai.Dan cuba lihat gambar dibawah merupakan beberapa monumen yang dibina bagi melengkapkan sejarah yang berlaku di Pasir Salak ini.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Tidak rugi membawa keluarga datang ke Komplek Sejarah ini,sambil beriadah bersama keluarga dapatlah juga kita mengajar anak-anak mengenai sejarah lampau perjuangan pahlawan negara menentang penjajah demi mempertahankan bangsa, agama dan tanah air.Jangan lupa lihat gambar menarik di facebook yang telah dinyatakan di atas. Selamat tinggal..jumpa lagi.




Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home