Kakiku jejak tanah Bursa-Turki

Assalamualaikum...salam kembara bumi Turki yang bersejarah Islam. Seronok berjalan ke negara orang tapi jangan lupa untuk memeriksa jad...

www.ceritaku.my

Assalamualaikum...salam kembara bumi Turki yang bersejarah Islam. Seronok berjalan ke negara orang tapi jangan lupa untuk memeriksa jadual perjalanan pergerakan pengangkutan awam mereka. Kami naik semua pengangkutan awam...jimat! Untuk aktiviti hari ini kami nak ke Bursa.

www.ceritaku.my

Awal pagi kami dah menapak mencari hentian bas ke Bursa. Orang lain syok mengulit mimpi,tapi kami menapak mencari lokasi bas,maklumlah negara orang. Tak susah nak cari tapi kena ringan mulut untuk bertanya. Pukul 7.30 dah naik bas untuk bergerak ke Bursa.

www.ceritaku.my

Jaraknya tidaklah jauh sangat,dan untuk pengetahuan kalian kalau ke Bursa pada musim sejuk ianya amat menyeronokkan kerana dapat main salji. Tapi kami tak berpeluang untuk aktiviti main salji ini. Alhamdulillah dapat juga jejak kaki ke Bursa yang tersohor ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bursa boleh baca di SINI.

www.ceritaku.my

Kena menyeberangi Selat Bosphuros juga. Bursa ini terletak di bahagian barat. Tak sabar rasanya nak lihat apa yang menarik di Bursa.

www.ceritaku.my

Sampai saja saya dah nampak pasar Bursa ini. Maaflah saya tak masuk pasarnya. Sebab bila sampai saja dah zohor nak cepat solat. Alhamdulillah...seronok merasai pengalaman berjemaah bersama masyarakat Bursa.

www.ceritaku.my

Rupanya wanita kena ambil wudu' di bahagian luar dan berasingan. 

www.ceritaku.my

Ini bahagian luarnya. Orang jangan tanyalah memang ramai,sebab waktu solat semua berebut nak berjemaah.

www.ceritaku.my

Selesai solat....dapatlah ambil beberapa keping gambar sambil tunggu encik suami.

www.ceritaku.my

Lama juga tunggu encik suami...janjinya di luar ini,rupanya dia menunggu di dalam ruang yang ada air terjun. Nasib baik berjumpa...kalau tak dah jadi rakyat Turki.....aktiviti seterusnya nak terjah kedai...???

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif