Lumut, Perak

www.ceritaku.my

Assalamualaikum....orang Lumut,apa khabar? Kali ini kami datang bermalam di Lumut. Lokasinya terletak di Daerah Manjung. Kalau anda nak tahu Lumut ini merupakan pintu masuk utama ke Pulau Pangkor. Kami tak ke Pulau Pangkor,hanya bermalam di Lumut. Nak juga rasa suasana bermalam ditepian pantai.Jangan lupa bila ke Lumut, sila tabik hormat pada Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia.Seronok juga bermalam di Lumut,kerana ada Lumut Waterfront yang sangat meriah pada malam hari. Ada nyanyian merdu para pengunjung...maaflah kami tak menyanyi kalau kami menyanyi pasti hujan turun selebatnya. Terasa seronok pula,bila suasana malam di sini. Ramai pelancong rupanya,bukan saja pelancong tempatan ada pelancong Eropah juga,agaknya yang tak sempat menyeberang ke Pulau Pangkor. Kalau nak ke Ipoh pula tidak terlalu jauh hanya sekitar 84km dari Lumut. Jangan risau Bandar Lumut ini ada perhentian bas yang besar.Jadi masalah pengangkutan tidak terjadi di Lumut. Bye...salam kembara dari kami.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. Bazar makanan laut, sate ikan, ikan bilis, sotong kering pun boleh tahan menarik kalau tak silap. sesuai borong banyak-banyak sebab agak murah.

    ReplyDelete
  2. Betul sesuai sangat kalau yang berkereta boleh shopping sakan.Kami hanya memandang saja jual an pelbagai produk tanpa sekarang pembelian.

    ReplyDelete
  3. Dulu myra kerap ke situ sebab adik tinggal kat sana..
    Meriah kan :D

    ReplyDelete
  4. I have fun with, lead to I discovered exactly what I used to be taking a
    look for. You have ended my 4 day long hunt! God Bless you man. Have a nice day.
    Bye

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen