www.ceritaku.my

Penutup tirai 2013 saya akhiri penamat blog ini dengan lampiran terkini akhbar tempatan.Pengalaman ride ini akan dibukukan .


www.ceritaku.my


Salam kembara DCH 7654 dari bumi Afrika. Assalamualaikum, gelukkig hallo, hoe is jy al (salam gembira, apa khabar semua). Abe Mat berada di Durban. Durban merupakan lokasi peranginan yang sangat indah kerana bandarnya mengadap tiupan pantai Lautan Hindi. Bandar ini juga merupakan lokasi hiburan bagi golongan mewah kerana wujudnya kasino di sini. Terletak di wilayah Kwazulu-Natal,merupakan bandar kedua besar di Afrika Selatan. Jangan lupa bahawa Durban merupakan bandar pelabuhan kedua terbesar selepas Capetown. Yang pastinya Durban ini merupakan bandar yang sibuk dan maju.Saya tinggalkan kalian bersama model Upeh Spa Durban. Jangan lupa kami ada di Africa Ride dan Ceritaku,banyak lagi gambar menarik di situ.

www.ceritaku.my


Assalamualaikum....welcome...welcome! Meriahnya pasar ini. Yang sememangnya terkenal dengan pemandangan luar biasa dan juga khabarnya barangan murah boleh didapati di sini. Lokasinya di Marine Dive. Bertentangan dengan Taman Perindustrian Metro, Paarden. Menariknya ianya berlatar-belakang Table Mountain. Paling disukai kerana ianya percuma untuk meletakkan kenderaan pelanggan. Berkonsepkan mesra kanak-kanak dan mesra haiwan. Minerton Flea Market ini ditadbir oleh MITA. Dibuka seawal jam 8.00 pagi dengan lambakan pelbagai barangan dan pastinya harga murah yang menjadi kegemaran ramai. Bagi yang berminat dengan barangan klasik jangan lepaskan peluang untuk membeli di pasar ini. Tetapi Hari Perayaan Good Friday dan Krismas...mereka tutup! Bye...kita berjumpa lagi.



Terkini kami boleh lihat/like di Africa dan Ceritaku juga di Dkna.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home