www.ceritaku.my

Assalamulaikum semua....salam kembara dari saya. Sibuk dengan pelbagai urusan misi Africa Ride ini menghadkan penulisan saya. Tapi apa yang saya boleh janjikan pada pembaca sekalian....berita terkini dari misi Africa Ride ini akan tetap disajikan buat tatapan pembaca sekalian. 25/10/2013 sang demak saya pastinya sudah selamat berada dalam perut kapal menuju ke Pelabuhan Durban.


Selanjutnya saya akan ceritakan dalam entry akan datang....sabar ye.

OOooooooo....mood raya Aidiladha,assalamulaikum semua pembaca sekalian. Raya pun raya juga tetapi kerja tetap kerja. Mujurlah seminggu sebelum raya Abe Mat dah siapkan beberapa urusan penting dengan agensi terlibat. Maklumlah bila raya semuanya cuti lama,jadi sebelum terjadi apa-apa yang melengahkan urusan ke Afrika ,Abe Mat bergegas ke AAM. Bagi bikers mereka tentunya dah sedia maklum ....urusan di AAM.


www.ceritaku.my

Sebelum dapat Carnet pastikan anda ada lesen memandu atau menunggang,tak lupa juga menjadi ahli AAM. Baiklah...saya tinggalkan pembaca sekalian dengan carnet,yang belum tahu silalah google di laman sesawang....internet dipetik oleh hujung jari anda. Salam Aidiladha buat semua umat islam.



Pada 17 hb November 2013,akan diadakan sidang akhbar atau flag off Afrika Ride di Syarikat Demak.


Assalamualaikum....salam bahagia buat semua rakan pembaca.Alhamdulillah akhirnya,misi  saya untuk Africa Ride akhirnya berjaya.Saya mendapat motorsikal dari Syarikat Demak. Mesti ramai yang tertanya-tanya,maklumlah kami sibuk menguruskan pelbagai hingga berjaya mendapat Demak Evo ZR110. Pilihan warna Abe Mat ialah hitam....merah. Warna yang menawan,yang tengok mesti tertawan...


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home