Africa Ride 2013 - Bo-Kaap, Capetown

www.ceritaku.my


Assalamualaikum dan goeie môre (selamat pagi)...wah! baru beberapa hari di bumi Afrika lidah dah cuba menyebut beberapa perkataan mudah untuk bertutur. Kalian pembaca sihat? Abe Mat sihat di bumi Afrika,ramai yang tertunggu-tungu nak lihat keindahan, kecantikkan bumi Afrika. Untuk kali ini Abe Mat ke Bo-Kaap. Dari bandar Capetown ke Bo-Kaap adalah sangat dekat sekitar 1.1km sahaja. Berjalan kaki pun boleh...mungkin dengan berjalan kaki memakan masa 15-30 minit sambil menikmati alam sekitarnya. Apa yang menarik di sini? Apa yang saya lihat ialah keindahan persekitarannya yang penuh warna-warni. Cantik! memang tidak tipu...betul anda boleh lihat SINI. Paling bersejarah ialah Bo-Kaap dahulunya ia dikenali dengan Kawasan Melayu. Jangan terkejut gambar yang Abe Mat ambil ni sama dalam laman web.


Lokasi     : Di cerun Bukit Signal (Signal Hill)

Tarikan pelancong   : 1. dikenali sebagai Pusat Bersejarah Melayu Tanjung di Capetown.                                 2.rumah yang berwarna-warni di Bo-Kaap ini menjadi tarikan pelancong.Untuk pengetahuan pembaca sekalian Masjid Pertama di Afrika Selatan ialah di Bo-Kaap. Di Bo-Kaap ini anda akan menemui tukang jahit yang mahir,tukang kayu dan pembuat kasut. itulah sumber ekonomi masyarakat di sini. Majoriti penduduk di sini dirujuk sebagai Cape Malay. Adalah selamat jika kita berjalan menikmati suasana alam di sini.Saya tinggalkan pembaca dengan sejarah BO-KAAP.



Jangan lupa kami ada di AFRICA RIDE 2013 DAN CERITAKU UNTUK MU. Boleh LIKE untuk mengetahui info terkini dari Benua Afrika.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home