Bandaranaike International Airport

www.ceritaku.my

Salam sejahtera,salam hujung minggu....maaf lambat untuk menulis coretan Africa Ride ini...disebabkan oleh gangguan internet yang agak perlahan. Seperti yang pembaca sedia maklum, Abe Mat sudah pun bertolak ke Africa...pada 12/11/2013 jam 3 petang. Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang bertemu dan menghantarnya di KLIA. Maaf juga kepada kawan yang terlepas berjumpa dengan Abe Mat...maklumlah ketika itu sudah pun diarahkan untuk check-in. Apa pun saya mewakili Abe Mat mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran sekalian. Terima kasih juga kepada kawan-kawan lain yang menyokong misi Africa Ride 2013. Gambar di atas ialah gambar Lapangan Terbang Colombo ketika Abe Mat transit sebelum menuju ke Mumbai.Jangan terkejut jika ada individu lain yang menamakan ia sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Katunayake atau dikenali juga dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Negombo. Agak lama Abe Mat di lapangan terbang ini,sekitar 7 jam sebelum menaiki kapal terbang ke Mumbai...nak tahu apa cerita di Mumbai...jangan lupa online di Africa Ride 2013 atau Ceritaku untuk mu. Bye...

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home