Usia bukan penghalang

www.ceritaku.my

Nasi kerabu Pak Bara  dah pun kami rasa kesedapannya.Sekarang masa untuk minum kopi.Jauh sungguh perjalanan santai ...sejuk badan naik motor pagi-pagi ni. Pekena kopi secawan pasti best. Kami singgah di pertengahan jalan dan tak ingat pula nama kampung tersebut. Tetapi memang kampung dan lokasi tersebut merupakan penempatan orang Islam kerana terdapat ramai wanita bertudung dan lelaki berkopiah.Abe Mat park motor,saya terus saja masuk ke dalam kedai. Mata sempat mengerling pada sebuah kereta di depan kedai ini. Tuan-tuan dan puan-puan nampak tak,apa yang saya nampak?

                                      www.ceritaku.my

Inilah pemilik kereta yang saya ceritakan. Seorang rakyat Thai tetapi warganegara Malaysia.Berusia awal 70-an dan isterinya pula orang Johor,Mersing. Lihatlah mereka,usia bukan penghalang.Mereka baru bertolak dari Phuket (kampung halaman suaminya) untuk pulang ke Mersing,lokasi tempat tinggal mereka sekarang. Sangat HEBAT pakcik ini kerana boleh memandu begitu jauh dari Mersing ke Phuket kampungnya.Inilah buktinya USIA BUKAN PENGHALANG kita untuk melakukan pelbagai aktiviti. Selagi kita ada kehendak atau kemahuan,selagi itu kita kena berusaha untuk melakukan pelbagai aktiviti.Gembira pakcik dan makcik itu bersembang dengan kami....begitu juga kami kerana mereka sangat hebat dan berani berkenderaan jauh sebegini.Semoga kami dapat lagi bertemu dengan mereka berdua kelak.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

11 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu,
    Org dah pencen senang jer nyongket. Cayalah Tuan Haji dan Mak Haji!

    ReplyDelete
  2. Yang penting badan sihat, lanjut usia pun tak jadi masalah...

    ReplyDelete
  3. yea betui.. badan sihat buat apa pun best! btw.. sweet couple.. heee..

    ReplyDelete
  4. sweet couple gitu! melancong dengan orang tersayang, pergi mana-mana pun mesti sanggup :)

    ReplyDelete
  5. sgt hebat.. dgn kereta tu..
    perh..
    kalau org muda mesti patah pinggang :)

    ReplyDelete
  6. kasih sayang sehingga akhir hayat, itu penting.

    ReplyDelete
  7. Semalam..lalu ..dekat pak bara...otw ke krabi...

    ReplyDelete
  8. mmg boleh tabik spring kat mak aji & abang aji ni...
    kalau saya pun belum tentu berani nak bawak keta tu sejauh johor - phuket...

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen