Semalaman di Pak Bara

www.ceritaku.my

Inilah lokasi bermalam kami. Pemiliknya seorang Islam tetapi tidak mahir berbahasa Melayu,bahasa bukan penghalang...masih berkomunikasi dengan tangan ketika tawar-menawar harga bilik. Rasanya sewa rm50 semalaman,kebetulan beberapa bilik dah penuh. Hujung minggu rupanya ramai pelancong.Ternampak juga beberapa lokasi penginapan lain tetapi sudah penuh biliknya dan Abe Mat nak bilik yang mengadap pantai. Inilah bilik yang ada...betul-betul mengadap pantai.Kalau nak tengok gambar menarik boleh klik blog kawan biker saya ini.

www.ceritaku.my

Koridornya muat untuk laluan sehala saja.Nasib baik badan kecil je....hihiii (perasan sekejab..).Baru siap rupanya, Wayar TV pun masih tak boleh sambung ke saluran pilihan,tak tengok beritalah kami malam ni...hihiii macamlah biasa tengok berita di rumah.

www.ceritaku.my

Inilah bilik kami.Mungkin ramai dah lupa,setiap kali kami ke negara asing walaupun dekat seperti Thailand,kami memilih untuk mendiami@bermalam di budget hotel...(lihat pada keadaan yang bersesuaianlah). Pembaca tak perlu risau kerana di Thailand harga bilik serendah rm30 kami pernah sewa untuk semalaman siap dengan channel astrolah macam Malaysia dan berhawa dingin serta mandian air panas. Tak percaya? Kalian kena percaya....Memang tak perlu aircond kami tidur buka slidding door...terus terasa tiupan angin pantai. Kuat pula tu....Saya nak minta diri dulu,dah basah ni kena mandi nanti demam.Mak pesan kalau kena hujan sikit-sikit kena terus mandi....permisi ye...kami nak bersiram.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home