Lanun bikerz charity event - Gaza

www.ceritaku.my

Paling panas...semua sibuk menghulurkan bantuan.Pelbagai media digunakan untuk membantu umat islam di GAZA.Lanun Biker merupakan kumpulan biker yang aktif dan tidak ketinggalan mengambil peluang untuk turut serta mengadakan program amal ini. Walau pun tidak ke Gaza,harapan kami kutipan amal yang dilakukan ini dapat disalurkan terus ke Gaza. Lokasi pilihan amal ialah di Showru cafe & bistro di Petaling Jaya, Selangor.Psst...lihat gambar atas...bro ni mendermakan pembelian sup dari gerainya untuk program amal Gaza....tahniah kamu mendahului.

www.ceritaku.my

Panas wei...buka boot kereta pasang khemah,bijak. Redup....senang pembeli nak memilih.

www.ceritaku.my

Nama lagi car boot sale.Buku agama,novel pun ada. Kumpulan Lanun Biker memang hebat membuat program sebegini,menarik dan unik serta dapat pula beramal kepada yang memerlukannya.

www.ceritaku.my

Nampak tak apa yang saya paparkan tu.? Mereka rider@biker yang membantu insan lain yang memerlukan.

www.ceritaku.my

Hebat bukan....kumpulan ini memang aktif dengan pelbagai aktiviti amal yang dibuatnya. Siap ada uniform "T"....pssst kalau jumpa di jalanan bolehlah berkenalan dengan kumpulan rider @ biker yang hebat ini.

www.ceritaku.my

Ramai juga yang turut serta,kelihatan Abe Mat bersama kawan kami yang khabarnya baru pulang ride dari Indonesia. Hebatnya...ermmm bila lagi kami nak ride di Indonesia lagi.

www.ceritaku.my

Wow....ada artis rupanya.

www.ceritaku.my

Rasanya semua dah kenal artis ini.

www.ceritaku.my

Ini yang ditungu-tungu....kasut-kasut terpakai (katanya terpakai,tapi saya lihat tapak kasut pun tak jejas masih baru....kalah kasut saya yang lunyai,malulah) harga lelongan serendah rm10-150. Kasut rekaan Jimmy Choo pun ada...tapi ratusan lah...cantik!

www.ceritaku.my

Beg tangan wanita pun ada,sekelip mata sudah bertukar hak milik.Seronok pula tengok. Uppss...lupa artis kita Kak Aida Khalida pun buat jualan tudung dan sebahagian jualannya didermakan untuk program amal ini. Terima kasih kak Aida Khalida.

www.ceritaku.my

Handsome tak abang ni....nak kutip wang derma ni.

www.ceritaku.my

Semua orang tahukan...seluar rider paling murah,ratusan ringgit,tapi sempena jualan amal ini harganya rm50 je. Iya...iya rm50 je memang murah sungguh. Rugi sesiapa yang tak datang baru-baru ni.

www.ceritaku.my

Tak habis lagi berebut nak beg tangan...ermmm,murah!

www.ceritaku.my

Ini apa kes!? Laaa....berebut seluar ke? RM 50 je siapa tak terliur ...murah sungguh tu!

www.ceritaku.my

Khabarnya...jaket pun dilelong semurah rm50 je. Memang terhad jaket tu,rezekilah siapa yang dapat murah dan masih dalam kondisi yang baik. Apa-apa pun kami berdua mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan biker@rider Lanun Biker yang sudi mempelawa kami ke Program Amal Gaza. Lain kali jangan lupakan kami ye...ooooOooo ...lupa ianya bukan saja  untuk biker @ rider saja orang luar juga turut serta dalam program ini.Sehingga awal malam baru tamat...Tahniah juga,khabarnya kutipan Lanun Biker untuk Amal Gaza ini mencecah RM14 ribu. Kalian memang hebat.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home