www.ceritaku.my

Penutup tirai 2013 saya akhiri penamat blog ini dengan lampiran terkini akhbar tempatan.Pengalaman ride ini akan dibukukan .


www.ceritaku.my


Salam kembara DCH 7654 dari bumi Afrika. Assalamualaikum, gelukkig hallo, hoe is jy al (salam gembira, apa khabar semua). Abe Mat berada di Durban. Durban merupakan lokasi peranginan yang sangat indah kerana bandarnya mengadap tiupan pantai Lautan Hindi. Bandar ini juga merupakan lokasi hiburan bagi golongan mewah kerana wujudnya kasino di sini. Terletak di wilayah Kwazulu-Natal,merupakan bandar kedua besar di Afrika Selatan. Jangan lupa bahawa Durban merupakan bandar pelabuhan kedua terbesar selepas Capetown. Yang pastinya Durban ini merupakan bandar yang sibuk dan maju.Saya tinggalkan kalian bersama model Upeh Spa Durban. Jangan lupa kami ada di Africa Ride dan Ceritaku,banyak lagi gambar menarik di situ.

www.ceritaku.my


Assalamualaikum....welcome...welcome! Meriahnya pasar ini. Yang sememangnya terkenal dengan pemandangan luar biasa dan juga khabarnya barangan murah boleh didapati di sini. Lokasinya di Marine Dive. Bertentangan dengan Taman Perindustrian Metro, Paarden. Menariknya ianya berlatar-belakang Table Mountain. Paling disukai kerana ianya percuma untuk meletakkan kenderaan pelanggan. Berkonsepkan mesra kanak-kanak dan mesra haiwan. Minerton Flea Market ini ditadbir oleh MITA. Dibuka seawal jam 8.00 pagi dengan lambakan pelbagai barangan dan pastinya harga murah yang menjadi kegemaran ramai. Bagi yang berminat dengan barangan klasik jangan lepaskan peluang untuk membeli di pasar ini. Tetapi Hari Perayaan Good Friday dan Krismas...mereka tutup! Bye...kita berjumpa lagi.



Terkini kami boleh lihat/like di Africa dan Ceritaku juga di Dkna.
www.ceritaku.my


Kaya dengan warisan budaya dan keindahan alam semula jadi itu lah Afrika. Salam kembara dari Abe Mat,assalamualaikum. Jelajah sekitar Afrika ini memang mengujakan,ianya merupakan satu pengalaman mengasyikkan kerana mata terpaku pada keindahan alam Allah. Akhirnya Abe Mat jejakkan kaki di gunung yang terkenal di Afrika ini iaitu Table Mountain. Sangat bertuah bagi Abe Mat kerana Table Mountain ini mempunyai daya tarikan biodiversiti yang luar biasa. Dianggarkan 2,200 spesies yang sangat terhad dan ianya diikhtiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Saya tinggalkan pembaca dengan pemandangan New 7 Wonders Of Nature di Africa Ride 2013 dan Ceritaku. Groete !

www.ceritaku.my


Assalamualaikum dan goeie môre (selamat pagi)...wah! baru beberapa hari di bumi Afrika lidah dah cuba menyebut beberapa perkataan mudah untuk bertutur. Kalian pembaca sihat? Abe Mat sihat di bumi Afrika,ramai yang tertunggu-tungu nak lihat keindahan, kecantikkan bumi Afrika. Untuk kali ini Abe Mat ke Bo-Kaap. Dari bandar Capetown ke Bo-Kaap adalah sangat dekat sekitar 1.1km sahaja. Berjalan kaki pun boleh...mungkin dengan berjalan kaki memakan masa 15-30 minit sambil menikmati alam sekitarnya. Apa yang menarik di sini? Apa yang saya lihat ialah keindahan persekitarannya yang penuh warna-warni. Cantik! memang tidak tipu...betul anda boleh lihat SINI. Paling bersejarah ialah Bo-Kaap dahulunya ia dikenali dengan Kawasan Melayu. Jangan terkejut gambar yang Abe Mat ambil ni sama dalam laman web.


Lokasi     : Di cerun Bukit Signal (Signal Hill)

Tarikan pelancong   : 1. dikenali sebagai Pusat Bersejarah Melayu Tanjung di Capetown.                                 2.rumah yang berwarna-warni di Bo-Kaap ini menjadi tarikan pelancong.Untuk pengetahuan pembaca sekalian Masjid Pertama di Afrika Selatan ialah di Bo-Kaap. Di Bo-Kaap ini anda akan menemui tukang jahit yang mahir,tukang kayu dan pembuat kasut. itulah sumber ekonomi masyarakat di sini. Majoriti penduduk di sini dirujuk sebagai Cape Malay. Adalah selamat jika kita berjalan menikmati suasana alam di sini.Saya tinggalkan pembaca dengan sejarah BO-KAAP.



Jangan lupa kami ada di AFRICA RIDE 2013 DAN CERITAKU UNTUK MU. Boleh LIKE untuk mengetahui info terkini dari Benua Afrika.
www.ceritaku.my


Alhamdulillah...selamat juga Abe Mat menjejakkan kaki di Benua Afrika. Sememangnya ramai di kalangan rakan yang bertanya kenapa Afrika menjadi pilihan jelajah bermotorsikal kali ini. Ermmm....saya tinggalkan pembaca sekalian dengan pertanyaan atau persoalan yang beku dengan jawapan... Berbalik kepada cerita jelajah ini,kedatangan Abe Mat disambut mesra oleh keluarga Encik Abdullah sekeluarga. Terima kasih kerana sudi mempelawa Abe Mat bersama keluarga...malah turut dibawanya Abe Mat sekitar Capetown. Kalian nak tahu lokasi jelajah Capetown,jangan lupa membaca catatan akan datang.Sekian Assalamualaikum.

www.ceritaku.my

Hallo....Afrika! Assalamualaikum...Malaysia. Apa khabar semua? Abe Mat  dah sampai. Sampai di mana? Sampai di Afrika. Pastinya ramai pembaca tertunggu-tunggu berita dari Afrika. Kita sedia maklum Afrika sememangnya unik dengan budayanya. Setiap negara ada budaya, adat resam dan keunikkan yang tersendiri. Yang seronoknya Abe Mat sudah pun menonton Tarian Zulu yang hebat ini. Bukan setakat menonton, boleh bergambar pula dengan para penari Zulu ini. Memang seronok,mengujakan pengalaman ini.Tahukah anda "ZULU" itu bermakna orang syurga,yang merupakan budaya mesra dan ramah. Orang-orang Zulu ini amat bangga dengan budaya, bangsa atau pendek kata harta warisan mereka. Saya tinggalkan pembaca dengan gambar ini. Nantikan siaran langsung dalam facebook... Africa Ride 2013, Ceritaku Untuk Mu dan ringkasan perjalanan dalam blog ini.

www.ceritaku.my

Alhamdulillah...dari Colombo akhirnya Abe Mat sampai juga di Gateway Of India.Lokasi ini terletak di Mumbai (Bombay). Monumen bersejarah ini berlokasi di selatan Mumbai,mengadap Laut Arab. Ianya dibina semasa Raj British.Gerbangnya setinggi 26 meter bersamaan 85 kaki...memang tinggi. Malah ianya turut dikenali sebagai Taj Mahal Mumbai. Bagi yang ingin membaca kisah sejarah monumen ini boleh layari Gateway of India. Assalamualaikum....kita berjumpa di Capetown.

www.ceritaku.my

Salam sejahtera,salam hujung minggu....maaf lambat untuk menulis coretan Africa Ride ini...disebabkan oleh gangguan internet yang agak perlahan. Seperti yang pembaca sedia maklum, Abe Mat sudah pun bertolak ke Africa...pada 12/11/2013 jam 3 petang. Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang bertemu dan menghantarnya di KLIA. Maaf juga kepada kawan yang terlepas berjumpa dengan Abe Mat...maklumlah ketika itu sudah pun diarahkan untuk check-in. Apa pun saya mewakili Abe Mat mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran sekalian. Terima kasih juga kepada kawan-kawan lain yang menyokong misi Africa Ride 2013. Gambar di atas ialah gambar Lapangan Terbang Colombo ketika Abe Mat transit sebelum menuju ke Mumbai.Jangan terkejut jika ada individu lain yang menamakan ia sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Katunayake atau dikenali juga dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Negombo. Agak lama Abe Mat di lapangan terbang ini,sekitar 7 jam sebelum menaiki kapal terbang ke Mumbai...nak tahu apa cerita di Mumbai...jangan lupa online di Africa Ride 2013 atau Ceritaku untuk mu. Bye...

www.ceritaku.my

12/11/2013 Selasa,Abe Mat akan menaiki flight ke Colombo transit di sana sebelum menjejakkan kaki di bumi Afrika. Dengan hanya satu niat, tekad dan azam yang kuat...disertai pula sokongan rakan-rakan sekalian Abe Mat akan menyelesaikan misi Africa Ride 2013. Laluan pertama yang bakal ditempuhi ialah...Gateway Of India.


www.ceritaku.my
Gateway Of India

Semoga Abe Mat selamat sampai ke lokasi seterus.....Capetown tunggu kehadiran Abe Mat. Assalamualaikum....kita jumpa lagi di entry seterusnya,terima kasih kerana menyokong kami.


Salam bahagia,salam tahun baru hijrah 1435. Assalamualaikum...buat teman pembaca sekalian.Terima kasih kepada kalian kerana kekal setia bersama saya sepanjang masa ini. Saat yang ditunggu makin menghampiri. Detik 12/11/2013 saat yang ditunggu-tunggu oleh kami berdua. Sayangnya kali ini misi Africa Ride hanya Abe Mat saja yang menjelajah...tiada pembonceng....(kerana pembonceng berkhidmat untuk negara dan bangsa). 

www.ceritaku.my

Gambar di atas merupakan bil yang perlu dibawa untuk membawa keluar motorsikal dari pelabuhan Durban kelak.Ianya umpama passport motorsikal,perlu dibawa bersama kelak.Berbalik pada cerita misi Africa Ride 2013 ini,bagi yang ingin berita terkini dari kami bolehlah ke halaman AFRICA RIDE 2013,selain laman blog ini.Tidak ketinggalan juga kami paparan gambar terkini berita ride di Africa ini melalui halaman facebook CERITAKU UNTUK MU.


#Tepat jam 3 petang ini,Abe Mat akan berangkat ke Africa bagi menjayakan misi Africa Ride 2013. Terima kasih kepada yang menyokong ride ini.



Salam sejahtera,assalamualaikum semua. Kesibukan tugas seharian sekali lagi membataskan penulisan saya seketika.Malah sibuk pula menguruskan beberapa perkara yang berkaitan dengan misi Africa Ride ini.Tidak dapat dinafikan bila hampirnya tarikh ke misi Afrika ini,makin banyak pula perkara yang perlu diselesaikan.


www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Visa ke India,dan Pakistan sudah saya ambil di Malaysia lagi. Senang sikit....untuk urusan perjalanan kelak. Tapi ada lagi visa yang perlu saya ambil di perjalanan kelak.Itu akan saya ceritakan kelak.Ooooo ya...duit poket jangan lupa tukar,walaupun sikit ianya membantu.  


www.ceritaku.my




www.ceritaku.my

Assalamulaikum semua....salam kembara dari saya. Sibuk dengan pelbagai urusan misi Africa Ride ini menghadkan penulisan saya. Tapi apa yang saya boleh janjikan pada pembaca sekalian....berita terkini dari misi Africa Ride ini akan tetap disajikan buat tatapan pembaca sekalian. 25/10/2013 sang demak saya pastinya sudah selamat berada dalam perut kapal menuju ke Pelabuhan Durban.


Selanjutnya saya akan ceritakan dalam entry akan datang....sabar ye.

OOooooooo....mood raya Aidiladha,assalamulaikum semua pembaca sekalian. Raya pun raya juga tetapi kerja tetap kerja. Mujurlah seminggu sebelum raya Abe Mat dah siapkan beberapa urusan penting dengan agensi terlibat. Maklumlah bila raya semuanya cuti lama,jadi sebelum terjadi apa-apa yang melengahkan urusan ke Afrika ,Abe Mat bergegas ke AAM. Bagi bikers mereka tentunya dah sedia maklum ....urusan di AAM.


www.ceritaku.my

Sebelum dapat Carnet pastikan anda ada lesen memandu atau menunggang,tak lupa juga menjadi ahli AAM. Baiklah...saya tinggalkan pembaca sekalian dengan carnet,yang belum tahu silalah google di laman sesawang....internet dipetik oleh hujung jari anda. Salam Aidiladha buat semua umat islam.



Pada 17 hb November 2013,akan diadakan sidang akhbar atau flag off Afrika Ride di Syarikat Demak.


Assalamualaikum....salam bahagia buat semua rakan pembaca.Alhamdulillah akhirnya,misi  saya untuk Africa Ride akhirnya berjaya.Saya mendapat motorsikal dari Syarikat Demak. Mesti ramai yang tertanya-tanya,maklumlah kami sibuk menguruskan pelbagai hingga berjaya mendapat Demak Evo ZR110. Pilihan warna Abe Mat ialah hitam....merah. Warna yang menawan,yang tengok mesti tertawan...


Objektif
1.Meneroka budaya dan sejarah negara yang dilawati.
2.Promosi Malaysia di peringkat global.
3.Membuktikan rakyat Malaysia juga boleh bersaing dengan bangsa lain.
Masa
November, Disember dan Januari 2013.
Route
1.Peringkat 1- Benua Afrika
A. Afrika Selatan
B. Botswana
C.Zimbabwe
D.Zambia
E. Malawi
F.Tanzania
G.Kenya
H.Ethiophia
I. Somaliland
- menyeberang Laut Merah ke Yemen.
2. Peringkat 2- Benua Timur Tengah.
A. Yemen
B. Oman
C. United Arab Emeriah ( UAE )
- menyeberang Selat Hormuz ke Iran
3.Peringkat 3- Benua Asia
A.Iran
B.Pakistan
C.India
D.Nepal
E.Thailand
F.Malaysia
3 benua,18 negara dan 25,000 kilometer.



www.ceritaku.my

Assalamualaikum...kawan-kawan,salam sejahtera ....sawadikap! Kali ini Abe Mat bawa rakan pembaca sekalian ke Thailand lagi. Memang keraplah ke Thailand, kita berjiran.Jom...kita ikut Abe Mat..uppss..Abe Shuiq pun ado...ehh Abe Sidi pun sama...Let's ride.


www.ceritaku.my

Jauh kali ini Abe Mat ride. Burapa Bike Week merupakan acara tahunan untuk perhimpunan motorsikal yang terbesar di Asia Tenggara.Tahun 2013 sudah pun berlangsung pada 15-16 Februari yang lalu.


www.ceritaku.my

Bersama kawan lelaki Abe Mat enjoy....di Thailand.Jom..ke Burapa Bike Week.Lokasi bike week ini ialah di Pattaya,Bangkok.Bagi rakan pembaca yang nak lihat youtube bolehlah klik ---->BURAPA (2010) Sila lihat di bawah koleksi gambar Burapa Bike Week ...


www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Lihat saja bukan untuk ditiru.

www.ceritaku.my

Aksi yang sesuai dilakukan dalam pertunjukan.

www.ceritaku.my

Tunggang biar selamat...untuk tontonan saja ye.

www.ceritaku.my

Kami dah sampai di sini,anda bila lagi...yang pernah sampai sini pasti teringat kembali kisah Burapa Bike Week bila melihat koleksi gambar ini.Saya lampiran koleksi ----->Burapa Bike Week tahun 2013.


www.ceritaku.my

Abe Mat bersama seorang teman yang selalu juga ride,dan minum kopi bersama.

www.ceritaku.my

Sempatlah bergambar kenangan di sini.

www.ceritaku.my

Ini pula pemandangan yang Abe Mat ambil depan di hotel penginapannya.

www.ceritaku.my

Suasana lengang di pagi hari.

www.ceritaku.my

Bersama geng bikers yang turut serta dalam Burapa Bike Week.Selesai saja meronda di Pattaya Abe Mat pun bergerak ke lokasi berdekatan.

www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Tepi highway laluan menuju ke Bangkok,sempat lagi ambil gambar kenangan...pssttt ini siapa yang ambil gambar siapa ni?

www.ceritaku.my

Lokasi beradu kali ini.Rehatkan badan untuk meningkatkan stamina nak jelajah Bangkok.

www.ceritaku.my

Sampai di Bangkok tak sah kalau anda tidak jelajah sekitar pasar tersohor ini.

www.ceritaku.my

Melayu Islam masih wujud dan ramai di Bangkok,kebanyakannya dari Patani datang berhijrah dan berniaga di Chatuchak Market yang hanya beroperasi setiap hujung minggu saja.

www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Bagi pembaca yang pertama kali singgah blog kami ini,saya nak maklumkan artikel mengenai Pasar Chatuchak ini anda boleh lihat di link Ceritaku untuk mu.

www.ceritaku.my

Geng bikers penat bawa motor,mereka semua naik train kali ini....dapatlah lihat gambar ini.

www.ceritaku.my

Siapa yang belum sampai ke Bangkok...bolehlah lihat serba sedikit gambar kenangan kesesakan kenderaan di Bangkok.Ini baru sikit je.

www.ceritaku.my

Persembahan kebudayaan adalah biasa dilakukan oleh mereka untuk memperkenalkan budaya mereka kepada pelancong asing. Hebat bukan...mereka gigih mempromosikan negara mereka.

www.ceritaku.my

Kalau untuk kaum hawa memang seronok,ianya umpama syurga membeli-belah bagi yang hobinya shopping.Untuk pembaca yang belum puas melihat pasar Chatuchak masih boleh ke link INI. Bye...selamat membaca.
www.ceritaku.my

Salam lebaran 1434 H,kepada semua muslimin dan muslimat. Tak lupa juga salam kembara bermotorsikal dari kami berdua. Kali ini pembaca sekalian disajikan dengan trip kembara bermotorsikal di selatan Thailand. Kejadian ini berlaku pada awal syawal ini.Jom ! ride...biar lambat agar selamat di perjalanan.Awal pagi lagi,sarapan pagi sebelah stesen keretapi Sungai Golok.



www.ceritaku.my

Sebahagian rumah kedai lama Pekan Weang.Pekan ini terletak hanya 15km sahaja dari Sungai Golok.Ia juga dihubungi oleh Pekan Bukit Bunga,Tanah Merah,Kelantan melalui pos imigresen yang baru di Buketa.Pasti sudah ada dikalangan rakan pembaca sudah sampai dilaluan ini.Bolehlah respon pengalaman kalian di ruangan komen di bawah.

www.ceritaku.my

Salah sebuah sekolah yang terdapat di Pekan Weng.

www.ceritaku.my

Pandang dan baca dengan teliti,barulah tak sesat.

www.ceritaku.my

Memang betul,tulisan Bahasa Melayu masih digunakan dan difahami oleh masyarakat selatan Thailand.

www.ceritaku.my

Pasar Sukhirin.Agak lengang,mungkin masih awal pagi atau masih dalam mood raya.

www.ceritaku.my

Rehat sekejab.Pekena kopi secawan baru best nak pulas motor.

www.ceritaku.my

Jalan masuk perkampungan Chulaborn Pattana 12.

www.ceritaku.my

Jangan tanya saya,apa channel?

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

TehThailand.

www.ceritaku.my

Bahan sejarah, bekas ini digunakan untuk menyimpan makanan dalam tanah.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Dewan orang ramai untuk kegunaan masyarakat di sini.

www.ceritaku.my

Masjid berhampiran muzium,dewan dan rumah tumpangan. Selepas melawat perkampungan di sini saya menuju ke bandar Narathiwat untuk bermalam melalui Dusun Nyior dan Tanjungmatt.


www.ceritaku.my

Pemandangan muara sungai di waktu petang dari bilik hotel saya, Blue Ocean Hotel.

www.ceritaku.my

Salah satu jeti pendaratan ikan di sebelah hotel.

www.ceritaku.my

Pada keesokan hari saya mengambil keputusan untuk pulang melalui Pekan Takbai menggunakan feri.Ketika perjalanan pulang saya telah menyusuri jalan kampung dan terjumpa nelayan yang baru pulang menangkap ikan.


www.ceritaku.my

Banyak hasil tangkapan nelayan ini.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Ikan ini akan dibawa ke Bangkok untuk dipasarkan.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Di selatan Thailand kita boleh berjumpa pihak keselamatan di mana-mana sahaja.Keamanaan masih lagi tidak stabil.

www.ceritaku.my

Walau pun keamanan tidak stabil tapi masih dalam kawalan,serta bolehlah meninjau atau ziarah lokasi persekitaran. Sekian saja ziarah syawal kali ini. Semoga pembaca sekali boleh mendapat maklumat terkini dari kami.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home