www.ceritaku.my

Mulanya saya memang tidak mahu menyiarkan gambar ini.Seganlah...sebab banyak shopping ni,disebabkan ada pembaca yang bertanya saya membeli di mana? Kenalah paparkan juga gambar ini walau sekeping. Inilah kedai Thaituan,kedai kain yang dikawal dan ianya merupakan kedai rasmi/milik kerajaan. Ini bermaksud dari segi harga kita tidak perlu risau kerana ianya tidak terlampau mahal kerana ia dikawal oleh kerajaan. Bila membeli di sini kita tidak perlu risau jika pembelian kain tidak cukup meter.Jika kita mahukan 4 meter kain untuk sepasang baju kurung kita pasti mendapat kain berukuran 4 meter untuk dibawa pulang,berbanding dengan pembelian di pasar Dong Xuan pula bila membeli kita perlu memerhati dengan lebih teliti ketika mereka mengukur/menyukat kain pembelian kita kerana sering berlaku pembelian kain yang tidak cukup meter.Kalau nak membeli kain telekung solat pula saya tidak pasti di mana,mungkin pembelian kain telekung boleh dibuat melalui pemilik Nisa Restauran.Bagi pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kedai kain ini bolehlah layari  ----- Thai Tuan Group Corporation
www.ceritaku.my

Oooo,tinggi juga bangunan Menara Hanoi/ Hanoi Towers. Kalau anda cari perkataan "Hanoi Tower" akan keluar kisah sejarah permainan matematik atau teka-teki. Abaikan permainan ini. Kita lihat tingginya menara ini hingga tak nampak puncaknya..hihii

www.ceritaku.my

Kami sebenarnya mencari seseorang yang bertanggungjawab memperkenalkan Negara kita Malaysia kepada masyarakat Vietnam ini. Insyaallah ,kalau ada rezeki kami bertemulah.

www.ceritaku.my

Siap tandatangan ,mengesahkan kehadiran kami di pejabat pelancongan Malaysia yang terletak bersebelah Hotel Melia.

www.ceritaku.my

Akhirnya dapat juga berjumpa dengan Bos pelancongan yang didatangkan khas berkhidmat dari Malaysia.Selesai mendapatkan beberapa maklumat kami jalan lagi sekitar Hanoi.

www.ceritaku.my

Kalau anda ke Hanoi pasti nampak tugu tangan ini,terletak berhampiran Ho Kiem Lake.Saya tinggalkan pembaca seketika....nak cari beberapa gambar lain sebelum penamat kisah Hanoi ini.



http://www.ceritaku.my/

Banjir...banjir....banjir jangan ingat Hanoi tak banjir. Rupanya sini pun berlaku banjir kilat.Tak sangka sungguh,mulanya berlaku tiupan angin yang kencang. Ingatkan ribut sebab kuat sangat anginnya.

http://www.ceritaku.my/

Terus mencurah-curah,air hujan. Nasib baik sempat kami berteduh.

http://www.ceritaku.my/

Pasar malam Hanoi tergendala seketika akibat hujan lebat yang turun secara tiba-tiba .

http://www.ceritaku.my/

Air dah mula menaiki jalan.

http://www.ceritaku.my/

Nasib baik kami dah beli buah nenas sebelum hujan lagi,sekarang dah tak selera nak makan. Nenas pun bermandikan hujan.

http://www.ceritaku.my/

Sungguh mengejutkan dalam masa tidak sampai sejam hujan lebat. Air sudah memenuhi ruang depan kedai seterusnya jalan raya dipenuhi air.Kedai pula bila hujan lebat tadi,peniaganya terus menamatkan operasi jual-beli dan menutup kedai. Ada juga saya nampak beberapa orang tuan kedai sudah mengalihkan barang jualan ke lokasi tinggi.Seronok juga dapat merasa hujan lebat dengan tiupan angin serta banjir kilat di tengah Bandar Hanoi.
www.ceritaku.my

Hari ini kami nak naik feri ke Cat Ba Island. Kami dah jumpa laluan pintas untuk ke terminal feri Cat Ba Island.Rupanya dekat sangat dengan lokasi hotel penginpanan kami.Dah sampai terminal feri,kena simpan motor di sini. Hanya penumpang saja naik feri....motor kami simpan berbayar di sini.

www.ceritaku.my

Tempat penyimpanan motor pun sangat dekat dengan terminal feri ke Cat Ba Island,jalan kaki 2 minit saja.

www.ceritaku.my

Ramai juga penumpang,Abe Mat tengah adjust beli fast ferry...ke Cat Ba Island. Pelancong Eropah pun ada.

www.ceritaku.my

Tiket dah dapat ..jom ikut kami jalan tepi-tepi terminal feri. Tak ada apa pun sebab lokasi tepi laut dan ini pula khas untuk bangunan terminal feri.Uppss...dah ada pengumuman..kami segera ke terminal feri.

www.ceritaku.my

Sambil-sambil tunggu check-in feri,jemput makan semua!

www.ceritaku.my

Inilah suasana dalam feri,tempat duduk boleh pilih.Kami pilih bahagian belakang berhampiran pintu keluar (senang nak lari kalau ada apa-apa kecemasan...syhh jangan cakap kat orang tau!)

www.ceritaku.my

Ini pula pemandangan penumpang atas deck feri.

www.ceritaku.my

Selamat tinggal Hai Phong.

www.ceritaku.my

Sempat lagi Abe Mat posing dengan topi ni...

www.ceritaku.my

Dari atas feri kami dapat lihat dengan jelas kesibukan bandar pelabuhan Hai Phong ini.

www.ceritaku.my

Lihat bandar pelabuhan Hai Phong yang kami tinggalkan.

www.ceritaku.my

Bergambar kenangan bersama pelajar universiti yang berasal dari Thailand.

www.ceritaku.my

Best juga posing,sebab semua sibuk dengan hal masing-masing.

www.ceritaku.my

Jaga laut tu...

www.ceritaku.my

Ramai juga penumpang yang duduk di deck atas,harap tak melebihi muatan.

www.ceritaku.my

Berhimpit antara satu sama lain janji cepat sampai...walaupun perjalanan feri ini menghampiri 2 jam. Agak membosankan kerana melihat laut saja.

www.ceritaku.my

Diam-diam dan sibuk posing bergambar akhirnya...tuuuu depan sana Pulau Cat Ba.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Dah jauh kami dari kesibukan bandar Hai Phong. Sekarang dah di Cat Ba Island....betul-betul terminal feri mendarat di Bandar Cat Ba....apa seterusnya selepas ini...???
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home