www.ceritaku.my

Tanjung Piai...Tanjung Piai

www.ceritaku.my

Alang-alang sudah ada di sini,kami tidak akan melepaskan peluang untuk ke Tanjung Piai. Tahukah anda bahawa Tanjung Piai ini dikenali sebagai Penghujung Selatan Tanah Besar Asia. Ianya terletak di mukim Kukup,berhampiran dengan terminal feri antarabangsa ke Pulau Karimun. Sebab itulah kami terus menuju ke sini. Inilah tarikan utama pelancong di sekitar Pontian ,Johor dan negara jiran kita Singapura.

www.ceritaku.my

Tanjung Piai terletak dalam kawasan Parlimen Pontian,nama yang diguna-pakai untuk pilihan raya.

www.ceritaku.my

Tanjung Piai juga terkenal dengan kelazatan restauran makanan laut.Turut dikenali dengan keindahan alam hutan paya bakau yang masih belum tercemar. Setibanya kami disini,sudah sedia menyambut kami si penyambut tetamu ini. Nasib baik kami tak diterkamnya.

www.ceritaku.my

Bagusnya disini turut disediakan ruangan khas untuk parkir motorsikal dan basikal. Unik bukan basikal...satu daya tarikan  budaya menjaga kesihatan dengan mengayuh basikal.

www.ceritaku.my

Inilah mercu tanda "Tanah Selatan Benua Asia" ianya dibina pada tahun 2001. Dibuat dari gentian konkrit mesra alam oleh Kerajaan Johor dengan kadar ketinggian 20m dan 10m kelebarannya. Pastikan bila ke sini,ambillah gambar kenangan. Kalau nak tahu kisah Mercu Tanda ini bacalah di sini.

www.ceritaku.my

Jom! jangan buang masa lagi,kita teroka alam ini.

www.ceritaku.my

Salah satu sudut yang menarik perhatian saya mengenai Tanjung Piai.

www.ceritaku.my

Inilah paya bakau yang menarik perhatian saya. Sungguh semulajadi!

www.ceritaku.my

Abe Mat dah ajak kita ke jeti tu...Apa tunggu lagi,cepatlah langkah tu kita kejar Abe Mat.

www.ceritaku.my

Apa pendapat anda? Begitu sempurna ciptaan Allah...berani tak turun ke bawah ni?

www.ceritaku.my

Inilah jeti Tanjung Piai yang tersohor.

www.ceritaku.my

Sememangnya disediakan ruang santai untuk para pelancong/pengunjung di jeti ini. Bolehlah jika nak berehat sambil makan kuaci atau jangan sesekali lepaskan peluang bergambar di lokasi ini.

www.ceritaku.my

Bacalah sendiri papan atas tu...Abe Mat sedang fikir nak pergi ikut arah mana pula lepas ni?

www.ceritaku.my

Baiklah lokasi seterusnya...mana satu pilihan anda?

www.ceritaku.my

Tak tahu nak pilih pergi mana...? Baiklah kita rehat dulu disini,best juga teduh dari panahan sang mentari petang,sejuk dek rimbunan pepohon kayu...Bestnya!

www.ceritaku.my

Oleh kerana semua tak tahu nak kemana? Puan blogger kita tolong pilihkan...lihat jarinya tunjuk arah atas tu...Jom! kita ke sana.

www.ceritaku.my

Sila baca ini.

www.ceritaku.my

Inilah Selat Johor,yang sibuk dengan laluan kapal. Tanjung Piai dipisahkan dengan Singapura oleh Selat Johor.

www.ceritaku.my

Antara pelancongan tempatan yang telah berada disini. Sanggup berpanas!

www.ceritaku.my

Tahniah! Abe Mat dah sampai. Anda bila lagi?

www.ceritaku.my

Akhirnya jejak juga kaki kami disini.Maka dengan ini berakhirnya ride kami yang dimulakan perjalanannya menuju ke Pulau Karimun ,Indonesia dan berakhir di Tanjung Piai,Kukup Johor. Bye-bye sehingga bertemu lagi. Kami nak balik KL dah ni.
www.ceritaku.my

Inilah pemandangan air terakhir yang saya ambil,sebelum meninggalkan Pulau Karimun.Cantik dan menarik dengan persekitaran Selat Melaka yang tersohor suatu ketika dahulu.

www.ceritaku.my

Gambar menunjukkan penempatan masyarakat setempat yang tinggal berhampiran terminal,mengadap Selat Melaka.Di sinilah sumber ekonomi mereka,sini juga lokasi penginapan mereka sekeluarga.Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kedudukan Pulau Karimun ini. Boleh lihat paparan di bawah...Selamat tinggal Pulau Karimun.


Lihat Peta yang Lebih Besar


www.ceritaku.my

Selamat tinggal Karimun.Cukup lah percutian singkat yang menggembirakan hati ini.Maklumlah percutian yang tanpa kami rancang. Tapi ianya menyeronokkan. Apa pun mungkin ini ucapan selamat tinggal buat sementara saja. Manalah tahu lain kali kami datang lagi. Boleh lah shopping sakan!.

www.ceritaku.my

Sempat juga ambil gambar kenang-kenangan sebelum berlepas pulang ke Malaysia.

www.ceritaku.my

Antara pejabat yang ada di sekitar terminal yang memudahkan urusan orang ramai.

www.ceritaku.my

Inilah pemandangan terminal yang saya sempat ambil dari pandangan atas bangunan berhampiran.

www.ceritaku.my

Bestnya....saujana mata memandang...

www.ceritaku.my

 Dari atas sini dah nampak....jalan keluar menuju ke balai berlepas terminal feri.

www.ceritaku.my

Antara gambar yang tergantung di dinding terminal feri Karimun.

                           www.ceritaku.my

Nampak tak driver feri ? Gambar yang diambil secara sorok-sorok,kerana kami tidak dibenarkan mengambil gambar di sekitar terminal...Tapi nak buat macam mana,nak juga buat kenang-kenang ...ambil secara sembunyi-sembunyi.Bye-bye....SELAMAT TINGGAL KARIMUN.


SALAM LEBARAN BUAT SEMUA PARA PEMBACA BLOG INI.
www.ceritaku.my

Ini senarai menu pilihan kalian. Datang Karimun,makan dan makan dan makan lagi. Banyak pula pilihan menu yang sedap dan boleh dicuba.


Kami pilih ini,maklumlah lidah melayu semenanjung. Rasanya kalau pembaca datang ke sini apa pilihan menu yang pembaca pilih berdasarkan paparan menu diatas.
www.ceritaku.my

Bila sampai sini tak usahlah nak budget nak pandang saja. Mesti keinginan membeli-belah itu akan timbul secara mendadak.Janganlah segan silu,masa inilah boleh shopping dengan pelbagai pilihan barangan yang menarik dan harga yang berpatutan.Maaflah...gambar rosak sikit,sila abaikan!

www.ceritaku.my

Abe Mat dah keletihan dan ambil peluang rehat diruang legar hotel.Ini merupakan peluang akhir rehat sini. Kami nak balik Malaysia...macam jauh saja bunyinya.  Iyalah kami kena menyeberang menaiki feri untuk sampai ke tanah air.
www.ceritaku.my

Terima kasih kerana setia membaca dan mahu mengetahui menu istimewa dari ruang santai belakang Hotel Karimun.Petang dah ke sini,panas ....Kami relak  masuk bilik mandi-manda,berwangi-wangi nanti nak makan menu istimewa di belakang Hotel Karimun.Malam menjelma,selesai buat yang wajib.Kami berkobar-kobar dan dengan sabarnya menunggu pelayan datang membawa buku menu.Ok....kita lihat senarai menu dulu....Yes! anda nak makan kodok. Wah..!kodok goreng merupakan menu istimewa di sini rupanya. Ermmm,nampaknya kami tak sesuai dengan menu kodok ini. Maaflah kami kena cari kedai sebelah sana pula. Permisi...

www.ceritaku.my

Ini pula ketam goreng berlada tapi warna hitam sebab minta buat pekat dan letak lebih lada hitam. Kami makan di kedai sebelah hotel,malaslah nak menapak jauh cari makan.Menu ketam ini kami ratah dengan lahapnya tanpa nasi.Memang sedap! jika dibandingkan dengan menu sebelumnya. Maaf lah kami nak makan ni,mak pesan bila makan jangan bercakap...

Asyik lihat keliling luar hotel je.Jom! lihat dalam hotel bahagian bawahlah diruang tamu utama.Macam rumah pula.Santai dan relak sangat di sini,sambil menunggu teman bolehlah lihat-lihat hiasan di sini. Cantik dan unik hiasan dalam Hotel Karimun ini.Sesuai sangatlah untuk melepaskan lelah bagi tetamu yang baru sampai untuk check-in.



Biasalah,nama lagi hotel mesti ada kedai cenderahati.Maaflah tak ambil gambar secara lebih dekat kedai ini.


Sebab tertarik dengan deco hotel ini,tak masuk pun dalam kedai cenderahati Hotel Karimun.


Hajat sebenar kami ialah nak makan malam di sini,ingat tak saya dah paparkan suasana di sini waktu petang. Tak mengapa kalau yang tak ingat dan belum lihat,anda boleh lihat di sini.Oklah...nanti kita sama-sama lihat apa menunya...TUNGGU...!
www.ceritaku.my

Seharian berjalan-jalan,makan buah saja. Terasa berkeroncong perut. Saya memang suka satay. Hajat hati pun nak makan satay dah bau pun aroma satay dari kejauhan...jom! makan satay.

www.ceritaku.my

Pasar malam sini depan kedai barangan,jadi kalau nak pilih membeli masuk saja dikedai-kedai tersebut. Nak makanan pula kena melangkah ke gerai di depan. Mari ...lihat apa yang menarik.

www.ceritaku.my

Pastinya satay,nak juga rasa satay orang Pulau Karimun ni. "Pak...sataynya satu pinggan,makan sini ya!"

www.ceritaku.my

Cepat saja bapak ini bila pesanan dibuat....tak sabar dah ni,nak rasa satay.Kita lihat dulu apa menu lain yang boleh tambah kalau perlu.

www.ceritaku.my

Banyaknya...macam-macam ada. Meriahnya...macam pasar malam di Malaysia juga.

www.ceritaku.my

Alhamdulillah,akhirnya sampai juga menu kegemaran saya satay Karimun siap ada taburan bawang atasnya. Nasi impit,memang kenyang malam ni.Jemput...makan semua.
www.ceritaku.my

Pada entry yang terdahulu saya telah paparkan gambar pokok yang diambil gambarnya berhampiran terminal feri Karimun. Saya sendiri tidak mengetahui nama pohon kayu yang berbuah itu. Maklumlah bila sedang rehat di situ nampak pokok berbunga cantik terus saja diambil gambarnya. Kita tinggalkan kisah pokok yang mendapat tekaan pelbagai nama dari pembaca sekalian,terima kasih atas respon kalian. Kali ini, kita lihat Abe Mat mencuba kereta polisi pula. Siap berlakun lagi.Bila lagi nak cuba sementara kenderaan ini di depan mata.

www.ceritaku.my

Kami terus berjalan setelah puas posing atas kereta polis tadi.Masih awal tiada pengunjung lagi.Lagi senang pergerakan kami berdua.

www.ceritaku.my

Ini adalah laluan awam dari hotel penginapan kami ke kedai-kedai.

www.ceritaku.my

Laluan ini boleh terus masuk ke tempat bermalam kami. Ruang berkerusi ini merupakan ruang makan bagi gerai atau kiosk hotel ini.Nampak tak pagar tu?Malam bila kiosk sudah ditutup,pagar pun akan ditutup juga.

www.ceritaku.my

Rehat sekejab sambil merenung laut....penat dah jalan ni.

www.ceritaku.my

Cantik tak? Ini lah pemandangan dari sisi Hotel Karimun. Cuba lihat pemandangan depan hotel di sini.

www.ceritaku.my

Ini lagi...pemandangan bahagian belakang hotel.Memang bestlah ,dapat rehat sini.

www.ceritaku.my

Sambil rehat,boleh pula lihat pemandangan laut sekeliling. Wow! best...kalau hari-hari dapat rehat.

www.ceritaku.my

Pintu belakang hotel,masa ini masih terasa bahang panas. Kami minta diri dulu. Biar matahari jatuh,dah redup kita datang rehat sini lagi.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home