www.ceritaku.my

Pada episod yang lepas ada dikalangan pembaca bertanya,adakah Abe Mat dan saya memakai jaket keselamatan semasa menaiki feri ini. Sebenarnya kami duduk berhampiran jaket keselamatan,setiap kali menaiki kapal atau feri kami sememangnya mencari lokasi penyimpanan jaket keselamatan.Maklumlah bukannya saya pandai berenang.

www.ceritaku.my

Perjalanan feri dari terminal Kukup ke Pulau Karimun jaraknya menghampiri 1 jam. Untuk pengetahuan pembaca pergerakan cepat atau lambat untuk sampai bergantung pada gelombang ombak semasa.Jika lautan tiada gelombang ombak besar cepatlah pergerakan feri penumpang ini,begitulah sebaliknya.

www.ceritaku.my

Mungkin ada dikalangan pembaca sekalian yang pernah membaca artikel Pulau Karimun dalam Berita Harian,tak mengapa bagi yang belum boleh baca cerita yang ditulis oleh Mohd Azis Ngah.

www.ceritaku.my

Inilah pemandangan sebenar disekitar pinggir laut Kukup.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Situasi perkampungan air.

www.ceritaku.my

Lokasi penternakan ikan dalam sangkar.

www.ceritaku.my

Sumber ekonomi masyarakat melalui penternakan ikan dalam sangkar.


Oleh kerana ianya merupakan satu punca pendapatan,kami mendapati memang banyak lokasi penternakan ikan secara berkelompok disini.

www.ceritaku.my

Air rezeki mereka,pagi mereka bekerja mendapat duit melalui air.Malam pun ada yang masih tinggal atau menginap disini kerana AIR REZEKI MEREKA.
Abe Mat

Abe Mat dengan gayanya sempat berposing depan Terminal feri Kukup.Masa ini kami dah selesai sarapan+lunch di kedai makan berhampiran. Motor er6 pun dah simpan dilokasi yang selamat.Untuk pengetahuan pembaca motor tidak boleh bawa kerana ini feri penumpang,tapi kalau nak meronda di Pulau Karimun bolehlah sewa saja di sana kelak.

Kukup, Johor

Inilah beza masa antara Malaysia dan Indonesia. Bagus juga digantung jam di Terminal feri ini,harap-harap kita sebagai penumpang peka dengan waktu antara dua negara.


Tiba masanya untuk masuk ke balai berlepas.Lebih kurang nak naik kapalterbang juga.Disini ada juga balai berlepas di bahagian dalam terminal feri ini.Bila dibuat pengumuman barulah para penumpang boleh masuk ke Balai Berlepas.


Di terminal feri ini setiap bagasi/barangan persendirian perlu diangkat sendiri tapi kalau nak suruh orang angkat pun boleh,kenalah bayar sikit.


Naik saja feri,inilah pemandangan awal yang dapat saya ambil.


Seperti biasa Abe Mat dah dapat kawan baru atas feri ini.

Alhamdulillah,kami dapat juga tiket feri ke Pulau Karimun. Masih awal lagi dan bolehlah kami sarapan/lunch serentak sebelum bertolak ke Pulau Karimun.


Inilah menu pilihan kami,udang salut tepung yang sedap dimakan panas-panas.


Cendawan goreng ini pun sedap.Rasanya kami pesan untuk seorang makan bagi setiap menu,banyaknya kena meratah lauk dan sayur.


Sotong sambal digoreng dengan sayuran campur. Sedap juga menu ni...(maaflah kalau ada yang terliur menu-menu ini di bulan ramadhan).


Asyik meratah lauk-pauk dan sayuran nasi pula tidak berjaya dihabiskan.

Salam sejahtera,salam bahagia buat pembaca sekalian.Bunyi agak formal sikit,maklumlah awal pagi sesudah subuh dah bersiap nak ride ni.Terasa macam nak ke sekolah pula.Pagi-pagi kalau bergerak memang best,udara sejuk menyapu badan memang seronok rasa nak ride lama kalau sejuk macam ni.Dari rumah kami ke sini slow saja Abe Mat bawa...20-30 minit barulah sampai,slow+sejuk kalau laju lagi lah kesejukkan.Bagi bikers hentian sebelum masuk tol Sungai Besi merupakan lokasi pertemuan yang paling sesuai untuk pertemuan ride. Lupa nak beritahu lokasi ride hari ini menuju Kukup,Johor.


Kami jumpa dengan lady bikers ini,khabarnya mereka juga nak ke Selatan juga atau terus shopping di Singapore.


Selesai berjumpa dan bertanya khabar kami semua bergerak menuju ke lokasi masing-masing.


Yes...er6 dah lapar kenalah isi. Ini bukan berlakon tau real!



Jauh sudah perjalanan kami,terasa jauh sebab kena mengisi perut er6 bermakna jarak pergerakan kami sudah menghampiri lebih kurang 309km.






Akhirnya sampai juga kami di Kukup,Johor.



Tadi perut er6 kami isi,kali ini perut tuan punya blog pun dah ada muzik. Jom! cari parking motor dan kedai makan.


Kami parking motor betul-betul depan terminal feri ini,sambil nak bertanyakan tiket feri ke Pulau Karimun.Kalau ada feri yang belum bertolak,maknanya dapatlah kami belayar ke Pulau Karimau. Apa pun isi perut dululah...dah berkerongcong kelaparan ni.Permisi..ibu-ibu,bapak-bapak.


Alhamdulillah staff imigresen nampak lambaian kami,dan menunggu penuh sabar untuk menerima masuk kami ke tanahair.Lega dapat jejak kaki di Malaysia...cukup-cukup atau tepat-tepat jam 6 kami masuk dan kami lah orang yang terakhir untuk hari itu. Tak boleh nak bayangkan berlumba dengan masa untuk cop keluar dengan melalui jalan yang pertama kali lalu nasib baik ada bantuan polis Thai yang boleh bertutur Bahasa Melayu.


Maaf lah hanya ini saja gambar yang mampu saya paparkan,maklumlah dari pagi di Phuket kami sudah menggunakan kamera ini sedang elok masuk Malaysia bateri low.Inilah 2 keping gambar Wang Kelian suatu waktu dahulu,sekarang dah maju.Paling best sewaktu menuruni bukit dari Wang Kelian memang menakjubkan pemandangannya disertai pula dengan udara sejuk menyamankan pergerakan kami.Sekian...selesai sudah Ride Andaman yang bertemakan percutian di tepi pantai.

Dari Phuket kami merancang untuk keluar dari Thailand ini pada hari yang sama.Masih dalam dilema ketika itu sama ada nak keluar ikut Bukit Kayu Hitam atau Wang Kelian.Bukit Kayu Hitam memang popular dikalangan bikers sebagai jalan keluar masuk ke Thailand,Wang Kelian amat jarang dilalui.Akhiranya kami mencuba jalan Wang Kelian,tahukah pembaca sekalian jalan masuk melalui Wang Kelian ini dibuka pada tahun 1992 lagi melalui Perjanjian Pertumbuhan Segi Tiga Utara.





Inilah antara beberapa keping gambar yang sempat saya ambil sekitar bandar sebelum menuju ke pintu keluar di Wang Kelian.


Oleh kerana kami tidak pernah berjalan atau ride menggunakan GPS atau peta,bantuan polis tempatan dalamkereta di depan itu amatlah berguna pada kami. Kami tak tahu jalan mana menuju ke pintu keluar menuju Wang Kelian,tambahan pula ketika kami ride ini masih belum wujud papan tanda. Sekarang sesiapa yang ke sini atau yang hendak berehat di Pak Bara tak perlu risau kerana sudah banyak papan tanda yang menunjuk arah lokasi anda.



Kalau sesiapa yang mahu menggunakan jalan ini pastikan anda sampai di pintu keluar sebelum pukul 6 waktu Malaysia,kalau terlebih terpaksalah tidur di Thailand lagi.Pintu keluar masuk ini ditutup jam enam petang. Kami selamat sampai kurang 5 minit jam 6 petang,kena melambai pihak imigresen Malaysia supaya menunggu kami cop passport pula. Kalau tidak kami bakal tidur disempadan antara Malaysia dan Thailand.Memang mendebarkan,kerana pertama kali mencuba nasib dan berlumba dengan masa untuk masuk ke negara sendiri.


Terasa lega bila dah sampai di sempadan ini.


Lebih lega bila nampak papan tanda tu.

Pepagi lagi dah meronda hingga ke Phromthep Cape,memang kami tak sempat mengambil sarapan pagi. Tambahan pula ini merupakan hari terakhir Ride Andaman ini. Kami merancang nak singgah mana-mana gerai makanan islam. Sayangnya,kebanyakkan kedai lambat buka,setelah puas hati bergambar di Phromthep Cape barulah kami bergerak perlahan menerjah lokasi perkampungan yang berdekatan. Ternampak pula gerai makanan ini. Bila ditanya,menu utamanya nasi briyani tanpa fikir panjang kami buat pesanan.Untuk pengetahuan pembaca sekalian,nasi briyani di Thailand ini memang sedap kerana tanpa lauk kita sudah boleh makan nasi briyani ini.Tetapi kenalah pandai memilih gerai jualan,khuatir terpilih gerai yang kurang enak jangan marahkan saya..hiiihii.


Ini pula salah seorang pelanggan tetap gerai nasi briyani. Penduduk asal disini tapi boleh bercakap bahasa Melayu kerana isterinya orang utara Malaysia.Memiliki kedai hardware bersebelahan gerai nasi briyani ini. Seronok berjumpa tauke hardware ini boleh berkongsi pelbagai cerita menarik mengenai masyarakat disini.


Gerai nasi briyani yang terletak di pinggir jalan utama,memang sentiasa penuh dengan pelanggan.Nasi briyani merupakan menu utama,nasi putih pun ada.Terserah pada pilihan pelanggan.

Bagi anda yang sudah beberapa kali ke Phuket pasti dah tahu selok-belok jalan di sini.Kalau yang pertama kali sampai di Phuket pun pasti tidak akan sesat....senang saja,maklumlah ianya pulau kalau sesat pun hanya di pulau ini saja.Sebenar kami nak ke lokasi Phromthep Cape/sunset view.


Orang lain pergi waktu senja menjelang tapi terbalik pula kami ke Phromthep Cape ini waktu matahari baru nak naik ke tengah kepala. Tengahari kami di sini,memang cantik...kami boleh bayangkan kalau di waktu senja tak kala mentari sedang tenggelam...wow! pemandangan mesti cantik. Ketika ini pun pemandangannya amat cantik dan menyenangkan. Silakan pembaca sekalian melihat pemandangan sekeliling yang sempat saya ambil di Phromthep Cape ini.




Betul tak apa yang saya cakap....pemandangan yang cantik,ditiup pula angin yang menyejukkan badan.Amat puas hati jika anda menjejakkan kaki di sini sambi menikmati keindahan alam.



Lokasi inilah yang menjadi tumpuan para pelancong bila senja.


Tak ketinggalan ada rumah ibadat bagi masyarakat setempat.Kebetulan ketika sampai mereka sibuk membersihkan seluruh lokasi ini. Cuba perhatikan gambar sebelumnya....bersih kan?

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home