Inilah deretan kereta atau kenderaan yang menunggu giliran untuk naik feri keluar dari Koh Lanta. Orang lain naik kereta ke Siam,kami bermotorsikal di Siam. Sengaja guna nama Siam...tak mahu guna Thailand,sebab kalau dahulu kala sejarah menyebut Siam hanya bila dah maju ianya dikenali Thailand tapi Siam nama sebutan popular dikalangan penduduk utara dan pantai timur Malaysia.


Lokasi pendaratan para penduduk atau pelancong ke Koh Lanta. Di sini kenderaan sama ada kereta atau motorsikal dibenarkan ke Koh Lanta,untuk pengetahuan anda bukan semua Pulau di Thailand ini kenderaan boleh ke pulau antaranya Koh Sukon antara pulau yang tidak dibenarkan kenderaan di daratan...Tapi di Koh Sukon anda boleh berbasikal.


Yang ditunggu dah sampai,kejab lagi dapatlah kami ke seberang.


Jangan kata tak dalam....nak tahu kedalamannya cubalah terjun.


Sempatlah lagi saya beli buah-buahan dengan kakak ini. Dia boleh bercakap Bahasa Melayu dialek Kedah.Hebatnya.....pengaruh orang Kedah sampai ke Koh Lanta,katanya ramai waris atau saudara-maranya yang berkahwin dan ada juga yang sudah menetap di Malaysia.



Saja tak berhenti ambil gambar dengan lebih jelas...sebab nak suruh pembaca sekalian datang berehat minda dan badan di Koh Lanta. Rasanya bagi kaki jalan mesti dah sedia maklum barangan yang biasa di jual ini. Tapi percayalah...Koh Lanta merupakan lokasi rehat minda yang baik dan sesuai...


Terserempak pula dengan pak aji dan keluarganya yang baru balik dar pasar malam.Kami tak ke pasar malam hanya melihat dari jauh saja.Tiada yang menarik sangat di sini tetapi kepada peminat peneroka alam bolehlah ke Koh Lanta. Ianya lokasi merehatkan minda dengan meneroka alam semulajadi yang amat popular dikalangan pelancong Eropah.Kami hanya semalam saja disini,kerana nak ke tempat lain pula.


Selamat tinggal Koh Lanta,ada rezeki umur panjang insyaallah kami akan datang berehat lagi disini.
www.ceritaku.m

Awal perjalanan sebelum masuk Siam lagi, Abe Mat dah beritahu saya katanya "kita cari tempat tidur tepi pantai,nak ...". Saya mengikut saja,maklumlah tak pernah cuba rasa tidur tepi pantai apatah lagi di Siam.Ini kiranya kali pertamalah.Keputusannya....saya suka tidur tepi pantai di Siam.

www.ceritaku.m

Mesti pembaca sekalian nak tahu apa nama lokasi kami menginap ni...sabarlah ye jab.

www.ceritaku.m

Inilah nama tempat kami tidur di Siam. Siap ada model tidur lagi hihiii.Cantik tak pemandangan persekitarannya? Nak mandi tak payah fikir banyak jalan je terus ke pantai,mandilah sepuasnya.


Selesai menjamu selera kami berdua pusing kampung,ternampak pula sang gajah dengan penunggangnya.  Rupanya ada gajah disini.Waah! salah satu daya tarikan pelancong ke Koh Lanta ialah menunggang gajah. Siapa yang nak cuba bolehlah datang ke sini. Maaf...kami tak cuba hanya memandang dari dekat saja.

Abe Mat kalau masuk saja kedai makan,dia akan tanya apa menu yang pelik/istimewa hidangan kedai. Itulah rutinnya. Ini pula kalau berjalan di negara orang dan peniaganya muslim dah pasti halal. Saya pun tak ingat nama daun kayu ini,kerana di Malaysia memang ada hanya kita saja tidak tahu cara nak memasaknya.


Digoreng bersalut tepung beras dan diletakkan seekor anak udang ditengahnya.Memang sedap,tak mabuk,betul...saya dan Abe Mat makan.


Ini pula pemandangan dari belakang gerai jualan. Sememangnya setiap petang mereka akan buka gerai jualan disini.Jadi bagi yang datang berkenderaan di sini tak perlulah risau untuk mendapatkan makanan halal.Majoriti penduduk disini menganuti agama Islam.

Ini pemandangan pantai dari lokasi penginapan kami,kepanasan matahari yang begitu membahang masih tidak dapat menghalang beberapa orang pelancong Eropah bermain air di sini.


Nak mencuba sesuatu yang baru...boleh lah disini.


Bot-bot nelayan yang mencari tangkapan.


Penempatan masyarakat yang lokasinya berkelompok kerana ada sebahagian Koh Lanta ini tidak didiami disebabkan beberapa faktor semulajadi (maklumat diperolehi dari penduduk tempatan yang boleh bertutur dalam dialek Melayu-Kedah,jangan tak percaya).

Bersyukur kami kerana akhir berjaya mendapatkan bilik penginapan di tepi pantai seperti yang dihajatkan,kebetulan pula panas. Kami minum jus mangga....sedap sebiji buah mangga untuk segelas jus ini...memang lah pekat siap kena tambah air kosong/air mati (dah lama tak guna perkataan air mati).


Perut pun berbunyi siren kecemasan kami order 1 pinggan ini....tak ingatlah apa nama dalam bahasa siamnya.Tapi sedap sungguh,1 pinggan boleh makan 2 orang memang banyak,berbaloi lah kami bayar...Makan sambil menikmati alam Koh Lanta di tepi pantai memang best...hanya kepanasan cuaca alam saja yang sedikit mengganggu.Harapkan ada tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang mendamaikan suasana.

Selesai sarapan makan nasi kerabu berulam dan bihun. Kami meneruskan perjalanan ke Koh Lanta. Mesti ramai nak tahu di mana Koh Lanta ni. Terletak di pantai barat laut andaman,lokasinya antara Krabi dan juga Phi Phi Island.Pulau ini tak besar sangat sekitar 6km lebar dan lebih kurang 30km panjang.Kalau anda nak tahu ada lebih kurang 9 lokasi pantai dari utara ke selatan Koh Lanta,ianya pula berada lokasi matahari terbenam. Sesuai bagi yang berminat melihat matahari terbenam.


Ini lah satu-satu pengangkutan utama supaya kenderaan dan penumpang boleh sampai di Koh Lanta.



20 ribu penduduk yang tinggal di Koh Lanta,antaranya puak Chao Ley/Sea Sypsies/Islam dan Cina. Unik dan inilah masyarakat majmuk.Sumber ekonomi penduduk di sini ialah pertanian seperti penanaman getah,perikanan/nelayan dan penangkapan udang.Bagi yang biasa ke Krabi sudah sedia maklum bahawa makanan laut merupakan hidangan istimewa dalam menu restauran tempatan.


Asyik bercerita rupanya dah sampai  kita....



Ini dia pemandangan lokasi berhampiran pantai,ketika gambar ini diambil Abe Mat bawa slow dan relak saja walau pun panas,sambil mata melilau mencari lokasi penginapan. Hajat hati kami nak cari lokasi bilik/motel yang betul-betul di lokasi pantai. Nak rasa pengalaman tidur di pantai....Bagi yang berkeinginan ke sini dicadangkan datang pada bulan NOVEMBER - APRIL,kerana itu merupakan masa yang sesuai melawat Koh Lanta.

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi. Bangun pagi-pagi jangan abaikan makan sarapan sebagai alas perut sebelum melakukan sebarang aktiviti.Hari ini kami tak pasti nak makan apa lagi....Jom! cari menu best sikit buat sarapan.Ramai pelanggan kedai ni,mesti menunya sedap.


Kami tertarik dan teringin nak makan nasi kerabu.Anda pun pasti terliur bila tengok gambar ni.....jangan sampai meleleh air liur ya...hihiii..


Tak cukup dengan ulaman atas nasi ,diberinya pula ini. Ada sayur-sayuran,telur rebus dan serbuk lada bagi yang berselera spicy/pedas.Memang cukuplah ....best,sedap!


Sesampai je sana kami dah makan tadi di kedai Melayu Islam Patani. Terus tanpa melengahkan masa kami cari bilik penginapan di lokasi berdekatan. Maaf ,lupa nak ambil gambar lokasi penginapan.Rehat seketika lepas hilang lelah badan kami terus saja ronda kawasan persekitaran Pantai Pak Meng sempat pula Abe Mat membeli limau kesukaan dia.Sekejab saja meronda hari dah gelap.Masa ni,cuaca agak panas tetapi berangin,namun tetap terasa bahang panas tepian pantai.Ok...lah cukup untuk hari pertama ride.Esok nak jalan lagi.

Perjalanan dimulai pada awal pagi,biasanya selagi cerah tanah....selagi itu kami ride .Tetapi kali ini kami memilih kelainan iaitu ride santai menyusuri jalan pantai di Thailand ini.


Dari pintu masuk Danok/Satun di selatan Thai menyusur jalan terus ke Trang. Sebenarnya bila bertolak awal pagi memang seronok dapat melihat pemandangan di negara orang.Lagi pun perjalanan ini tak lah jauh sangat jaraknya lebih kurang 172km saja. Kalau laju 3 jam menunggang motorsikal sampailah di Trang. Tapi UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI KETIKA MEMANDU.


Kami ride santai terus ke Pak Meng/pantai Pak Meng lebih kurang 47 km lagi menuju ke lokasi pantai dari Trang ke Pak Meng.Memang perlahan pergerakan kami,almaklumlah ride santai. Sampai pula di sini kedai milik orang Islam Pattani...tengoklah tulisan rumi berbahasa Malaysia/Melayu.Sempat pekena sotong celup tepung lagi di sini.


Tu...dia bukti tuan motor dan enjinnya dah sampai di Pantai Pak Meng.

Lihat Peta yang Lebih Besar

Fikir-fikir akhirnya Abe Mat saya memilih tajuk Ride Andaman - ianya merangkumi laluan perjalanan dari border Malaysia iaitu keluar melalui pintu Malaysia di Bukit Kayu Hitam menuju ke Danok seterusnya melalui Trang,ke Krabi dan berakhir di Phuket.


Seperti biasa ER6 ini berfungsi sebagai pengangkutan rasmi kami. Amat berjasa dan teruji kelasakannya di jalan.Biasalah 3 kotak barangan jenama GIVI pasti penuh dengan peralatan semasa sepanjang Ride Andaman ini.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home