Thursday, May 31, 2012

Water puppet show Hanoi


Untuk trip Sapa Loop ini saya akan mengakhiri cerita kami di Hanoi.Cerita yang berkaitan akan disambung semula selepas saya selesai menerbitkan cerita baru yang bakal saya bincangkan dengan Abe Mat (kena tanya Abe Mat semula dah lupa nak tulis cerita apa hihii..)


Episod akhir ini saya akan paparkan pengalaman kami berdua menonton water puppet,kami ambil sesi petang sikit sebab yang awal tu kami dah terlepas.Cuba ; lihat bawah bangunannya...kami akan masuk situ untuk menonton  kelak.


Sebelum tiba masanya,kami ambil angin di kawasan depan Ho Kiem Lake.


Kami jumpa 2 orang pelancong wanita yang berani berasal dari negara jiran kita Indonesia.Mereka berdua baru selesai membeli maggi buat makan malam,kasihan penat mereka mencari Nisa Restauran tak jumpa Abe Mat kena lukiskan peta jalan untuk mereka.Dekat saja dari Ho Kiem Lake ini menuju ke Nisa Restauran,harap mereka jumpa restauran itu.Jom! dah tiba masa nak menonton...


Kami dapat agak ke belakang sedikit tapi masih nampak....kiri,kanan semuanya pelancong asing.


Ini ahli muzik pengiringnya.


Maaf ..gambar agak kelam.


Dah pun bermula pertunjukkan...


Kalau pembaca mencari maklumat mengenai Water puppet Hanoi...pasti tidak akan menemui sebarang maklumat di mana-mana laman sesawang,kerana asalnya ianya popular di Ho Chih Minh tetapi sekarang para pelancong boleh berhibur dengan persembahan ini di Hanoi juga.




Berikut di atas beberapa keping gambar kenangan persembahan water puppet yang saya boleh paparkan.


Ini lah barisan pelakon .


Ini pula patung yang digunakan untuk pertunjukkan,tapi ini diluar dewan.





Sempat lagi jejaka Malaya bergambar di tepi patung.


Selesai saja pertunjukkan hari sudah malam. Kami pun melangkah pula ke lokasi penginapan yang hanya beberapa langkah saja dari sini. Dengan ini episod Sapa Loop berakhir di sini....kesinambungannya tunggu selepas cerita lain dulu ya.

Tuesday, May 29, 2012

Makanan halal di Hanoi


Nisa restauran merupakan kedai makanan halal yang terkenal di Bandar Hanoi ini.Telah beroperasi sejak tahun 2001 lagi pemiliknya seorang rakyat Malaysia yang telah berkahwin dengan wanita tempatan di sana.Jangan lupa sila minum kopi vietnam...yang sedap tu. 


Abe Mat dan saya memang tak akan melepaskan peluang  menikmati keenakkan kopi Vietnam. Malah kami siap beli bawa pulang ke Malaysia.


Bagi anda yang pernah merasa kopi Vietnam pasti akan terus mengingati rasanya...dan pasti mahu minum lagi.


Ini dia kari,hidangan makan tengahari kami berdua.


Ini pula daging goreng sebagai pelengkap menu makan tengahari kami.

Saturday, May 26, 2012

Kedutaan Malaysia di Hanoi


Selepas melawat muzium Ho Chih Minh,kami berpatah balik semula ke Kedutaan Malaysia.Bagi sesiapa yang melancong di Vietnam,khususnya Hanoi bolehlah datang ke Kedutaan Malaysia ini untuk mendapatkan apa saja maklumat kerana semua stafnya amat mesra dan sedia berkhidmat kepada pelanggan.



Ini pula beberapa maklumat yang kami berdua dapat dari pihak kedutaan-kedai makanan Halal.Untuk makluman pembaca sekalian hanya 2 kedai saja yang kami pernah menikmati hidangan makanannya dan kedai itu antara yang popular di sini iaitu Nisa Restauran dan Tandoor.


Ini maklumat penting bagi setiap pelancong sekiranya anda bermasalah di Vietnam khususnya Hanoi,silalah berurusan dengan pihak yang berkenaan.

Thursday, May 10, 2012

Muzium Ho Chi Minh


 Inilah Muzium Ho Chi Minh, kalau dulu ianya di kenali dengan nama Istana Merdeka.


Kalau nak masuk ke sini ada sedikit bayaran dikenakan tak mahal pun dan berbaloi untuk anda membayarnya kerana Muzium Ho Chi Minh ini amat bersejarah dan dikenali seluruh dunia. Anda yang berminat mengetahui lebih lanjut silalah layari laman sesawang di atas,kalau yang tidak tahu jalan ke sini lihat peta  ini.


Bayar dulu ,baru lah boleh masuk.


Siapa handsome?



Jangan lupa ambil gambar di sini,bukti anda ke mari.


Lawatan pelajar sekolah,semua pegang tangan antara satu sama lain,takut tercicir.Ramai pelancong datang ke sini,begitu juga rakyat tempatan.


Rakyat Vietnamkah ini?


Pokoknya rendang je,sesuai untuk melepaskan lelah berjalan.Helmet kena selalu bawa sebab helmet Malaysia amat berbeza dengan helmet tempatan.


Kalau di Malaysia parking kereta lebih besar dan dipenuhi,tetapi sebaliknya di Vietnam...motorsikal menguasai ruang meletak kenderaan.


Lihatlah! betul apa yang saya khabarkan awal tadi mereka saling berpegang tangan untuk mengelakkan pelajar hilang. Kami pula kena lari sebab mereka tak melepaskan tangan walaupun melalui kami.


Itu saja paparan di Muzium Ho Chi Minh,nak tahu lebih lanjut silalah layari laman sesawang yang lain.

Tuesday, May 8, 2012

Hanoi...Hanoi Here we are..


Semalam  kami sampai petang,dah tak sempat nak ambil gambar senja.Tambahan pula penat,tak fikir lain dah janji sampai di hotel penginapan kami yang dulu sebab jaket kami simpan di situ. seronoknya...dah sampai di Hanoi..Hanoi..here we are!Pagi ni,nak santai sekitar Hanoi.


Pagi lagi kami sudah sampai di Kedutaan Malaysia,pertama kali sampai di sini. Masa datang Hanoi 5 tahun lepas tak sempat nak menjenguk di Kedutaan..Percayalah kami sampai kembali ke Hanoi setelah beberapa  hari menjelajah ke Moc Chai,Dien Bien Phu,Sa Pa mendaki ke Bac Ha menuruni jalan Yen Bai seterusnya kembali ke Hanoi...Hanoi here we are!


Tak masuk lagi ke pejabat Kedutaan sebab belum dibuka lagi,tapi sempatlah berkenalan dengan petugas ini bersama suaminya.Kami dicadangkan oleh mereka supaya melawat muzium terlebih dahulu sementara menunggu pejabat kedutaan dibuka.Apa lagi...jom!jalan.


Nampak tak betapa ramainya pengunjung tu?Apa yang menarik..apa yang hendak dilihatnya? Sebenarnya mereka nak melihat HO CHI MINH, asalnya nak join juga tapi memandangkan betapa panjangnya barisan terpaksalah kami batalkan niat ziarah kami.


Bergambar kenangan di bahagian hadapan muzium sebelum parkir motorsikal.



Inilah barisan akhir yang mahu melihat HO CHI MINH,tak daya rasanya kalau kami turut sambung barisan dibelakang mereka.


Simpan motorsikal dulu.


Sememang setiap hari pengunjung memang sentiasa ada selain dari pengunjung asing,rakyat tempatan pun turut mengunjungi lokasi ini.



Maaflah kami memang tak ziarah Ho Chi Minh,kami menuju ke.....

Anda mesti baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...