Piyamit tunnel part 3

Seperti yang dijanjikan kali ini saya paparkan apa yang ada dalam Piyamit Tunnel/terowong piyamit.Kami tak masuk melalui pintu kecil sep...

www.ceritaku.my

Seperti yang dijanjikan kali ini saya paparkan apa yang ada dalam Piyamit Tunnel/terowong piyamit.Kami tak masuk melalui pintu kecil seperti dalam paparan LEPAS. Ada lagi pintu utama yang lebih besar yang telah dibina semula.Masuk saja pintu tersebut dan nampak gambar di atas.Bekas / kotak penyimpanan barangan.


www.ceritaku.my

Nak buat kerja semua dilakukan di sini,maaflah tak secantik meja kita di rumah....maklumlah dalam gua ini dah kira cukup cantik dan hebat buatannya.

www.ceritaku.my

Dah letih bekerja boleh berehat di sini,best juga. Saya sempatlah duduk bukan tidur....sejuk...kalau nak tidur sini bawa selimut tau..hihii

www.ceritaku.my

Sekali lagi saya mencuba di sini,boleh dikatakan selesa juga.Maklumlah dalam gua sangat kreatif pembinaannya.

www.ceritaku.my

Tiba-tiba nampak cahaya terang,bila dongak kepala ...oooo ada lubang angin rupanya.  Patutlah terasa sejuk  saja.Mungkin bertujuan untuk peredaran angin keluar masuk dalam ini.

www.ceritaku.my

Lihatlah laluan ini,ini sudah dibina semula. Agaknya zaman dulu lagi kecil muat-muat badan melepasi terowong ini dan tiada lampu lektrik.

www.ceritaku.my

Siap laluan berliku,ingatkan laluan lurus saja.Memang agak jauh perjalanan dari pintu masuk ke jalan keluar ini. Walau pun ada beberapa laluan keluar yang dibina yang bertujuan untuk melepaskan diri tetapi kami memilih laluan keluar yang paling akhir sekali. Penat memang penat tetapi enjoy sebab ini sesuatu yang baru.

www.ceritaku.my

Akhirnya...inilah laluan keluar kami. Alhamdulillah selamat.Memang kecil dan curam.

www.ceritaku.my

Wah! lajunya mereka jalan turun bawah.Masa naik semua perlahan tercungap-cungap.

www.ceritaku.my

Sampai pula di sini.Mereka bina pelan ini,senang nak melarikan diri.

                                          www.ceritaku.my

Ini umpama tapak perhimpunan atau lokasi berhimpun.Saya pernah masuk terowong Nathawi suatu ketika dahulu,dalam terowong Nathawi itu siap ada laluan untuk belajar motorsikal dan pelbagai jalan keluar menerusi ke kampung-kampung berdekatan.Itulah uniknya terowong Nathawi.Mungkin jika berpeluang nak ajak Abe Mat pergi ke terowong Nathawi sekali lagi....Sekian untuk entry ini nanti saya akan paparkan pula barangan lama/peralatan yang ada dalam mini muzium yang mereka bina di lokasi ini.

You Might Also Like

1 rajin tulis

  1. tengok gambar pun dah dapat rasakan betapa sejuk dan tenangnya dalam tunnel tu..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif