1 day trip to Koh Samui

Semalam semua pakat bersuka-ria di Hat Yai,menyaksikan kemeriahan Perayaan Tahun Baru Cina.Hari ini pula seawal subuh pagi bersiap nak...

www.ceritaku.my

Semalam semua pakat bersuka-ria di Hat Yai,menyaksikan kemeriahan Perayaan Tahun Baru Cina.Hari ini pula seawal subuh pagi bersiap nak ke Koh Samui.Jarak perjalanan memakan masa selama lebih kurang 5-6 jam sejauh 350-410km...berdasarkan laluan pilihan anda.Laluan AH18/AH2=353km,laluan 408=360km dan laluan AH18/AH2,diikuti laluan 4 = 408km.Pilihan di tangan anda. Kami mengikuti jalan yang paling hampir dan selamat tiba tengahari di sana.Lihatlah Mila dengan bangganya menunjukkan pada kita semua tiket feri yang bakal membawanya ke Koh Samui.

www.ceritaku.my

Inilah tiket bagi penumpang kenderaan.Maaflah harganya saya tak ingat,memang tak mahal tiket.

www.ceritaku.my

Dah siap beli tiket kena menunggu giliran untuk naik ke feri. Pilihan kami ialah di bawah redupan pokok ini. Bersemangat Mila tunjuk arah nak pergi arah Pulau Koh Samui.Nak tahu apa yang menarik di Koh Samui,silalah layari blog kawan saya HanTayarGolek, pasti menarik bila anda membacanya.

www.ceritaku.my

Seronok anak-anak dapat berjalan,walau pun panas tapi ini merupakan pengalaman baru bagi mereka. tambahan pula mereka berempat hampir sebaya hanya beza usia selang setahun. Boleh jadi geng main-main...lari-lari sepanjang percutian ini.

www.ceritaku.my

Giliran kami nak masuk ke feri. Hanya pemandu saja dibenarkan membawa kenderaan masuk ke perut feri. penumpang lain kenalah menapak melalui laluan pejalan kaki.

www.ceritaku.my

Jom! jalan ikut kami masuk feri....best ni sambil melihat gelagat penumpang lain.

www.ceritaku.my

Bye...Abe Mat,kami jalan kaki dulu.

www.ceritaku.my

Inilah laluan pejalan kaki khas untuk penumpang kenderaan.

www.ceritaku.my

Macam kenal je....oooo..saudara kami lah tu,kami ke sini 2 buah kereta konvoi anak-beranak.

www.ceritaku.my

Ramai juga penumpang rupanya.

www.ceritaku.my

Langkah kena hati-hati...ramai penumpang,khuatir terpijak kaki orang lain.

www.ceritaku.my

Inilah ferinya yang akan membawa kami ke Koh Samui.

You Might Also Like

8 rajin tulis

  1. bestnyer kak mah pergi koh samui, selalu tengok dalam majalah jer, cantik giler kot...

    ReplyDelete
  2. first n last ciktom pi thailand ms ciktom drjah 6..bila la bpluang lg nak ke sn..hee

    ReplyDelete
  3. Insyaallah ada peluang semua boleh ke Koh Samui...best dan cantik pemandangannya.

    ReplyDelete
  4. koh samui ya?

    tgk gambar macam best..

    ReplyDelete
  5. Bila lak ciklong nak bwk ciksu hehee

    ReplyDelete
  6. mcm best ja..kena baca entry seterusnya

    ReplyDelete
  7. mcm best ja..kena baca entry seterusnya

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif