Unik lagi pelik

www.ceritaku.my

Masih lagi cerita kisah di Hanoi,Vietnam. Tak tahu bila nak habis cerita ini sebab bila belek-belek gambar terasa rugi jika tak kongsi gambar-gambar unik lagi pelik ini dengan pembaca sekalian.Kalau di Malaysia sukar juga nak lihat gudang yang menjual peti besi ini. Hajat hati nak beli satu,tapi bila fikir tak tahu apa nak simpan dalam peti ini...kami cancel beli...hihii.

www.ceritaku.my

Perhati betul-betul gambar di atas.Sekali lihat macam beg untuk dijual,tetapi sebenarnya kerusi besi.Di Vietnam semuanya kecil-kecil dan comel barangan jualan,seperti orang-orang tempatan yang comel-comel.

www.ceritaku.my

Agak-agak berapa lama usia pokok  ini. Dengan juntaian akarnya...kalau malam-malam mungkin menyeramkan. Jom! kita teliti dari dekat gambarnya di bawah..

www.ceritaku.my

Menariknya di sini pokok sebegini besar masih wujud di tengah Bandar Hanoi.Lebih unik ianya masih dipelihara baik dan bukan dijadikan sebagai lokasi sembahyang.Hujung sana sekumpulan warga emas...apa mereka buat tu?

www.ceritaku.my

Senang saja nak berniaga di sini. Duduk saja di kaki lima jalan dan pastikan ada alat penimbang untuk operasi jualan....pasti ada pelanggan.

www.ceritaku.my

Berniaga daging pun di kaki lima jalan. Kalau di Kelantan daging lembu sembelih dijual di tepi jalan besar,cuba perhati sekitar jalan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

www.ceritaku.my

Selalunya peniaga kecil-kecil sebegini merupakan petani yang menjalankan penanaman secara kecil-kecilan di tepi rumah mereka.Bila tanaman mengeluarkan hasil,mereka keluar berniaga di Bandar Hanoi.

www.ceritaku.my

Kalau di Malaysia ada tak kita nampak pemandangan wayar elektrik sebegini.Kalau ada sila maklumkan pada saya.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home