Sungai Golok ke Hat Yai

www.ceritaku.my

Hentian yang paling saya suka.Bila perjalanan jauh begini,makanan ringan menjadi pilihan.Selesai makan tengahari sebentar tadi kami jenguk-jenguk kedai makanan ringan di sebelah kedai makan tersebut.Sebenarnya jarak masa perjalanan dari Sungai Golok ke Hat Yai tidaklah jauh mana pun,tetapi sekadar ingin membeli makanan ringan buat si cilik yang ada bersama kami.Sambil melihat aneka pilihan makanan ringan yang enak.

www.ceritaku.my

Si kakak (gambar di atas sekadar memerhati) tetapi si adik terus saja ambil yang berkenan.Maklumlah si adik kuat makan.Seronok tengok gelagat mereka berdua yang begitu teruja dengan makanan ini.

www.ceritaku.my

Siapa tak teruja,kalau bentuk yang menarik dan warna yang meriah! Selesai makan di Sungai Palas (nama lokasi hentian makan kami) seterusnya kami  menuju ke Hat Yai.Hotel pilihan kali ini ialah PINK LADY HOTEL.

www.ceritaku.my

Sengaja pilih hotel di tengah bandar Hat Yai ini,supaya tidak susah nak jalan kaki jauh-jauh.Turun dari hotel terus saja ke night market/bazar malam Hat Yai.Tengoklah gambar di atas....games yang disediakan oleh pihak hotel.

www.ceritaku.my

Masa yang terluang diisikan dengan aktiviti ini sementara menunggu masa nak ke pasar malam Hat Yai.

www.ceritaku.my

Sebelum ke pasar malam,kami ke kedai makan mengisi perut yang sudah mengeluarkan alarm... Kedai pilihan hanya di sekitar bandar Hat Yai saja.

www.ceritaku.my

Si cilik Mila tak mahu order air tetapi semua air orang diminum atas alasan "adik nak cuba,best tak",kalau kita orang dewasa buat macam tu...rasa-rasa boleh tak?

www.ceritaku.my

Maaf...kami makan sekejab.

www.ceritaku.my

Jemput makan malam semua....mengalas perut sebelum memulakan aktiviti membeli-belah di pasar malam Hat Yai.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home