Kenangan di Hanoi


www.ceritaku.my

Paparan kali ini saya pelbagaikan gabungan gambar yang saya ambil sepanjang kami berdua berada di Bandar Hanoi.Di atas merupakan salah satu kedai di Old Quarter yang menjual hasil seni masyarakat tempatan.Apa yang berjuntai merah tu? Itulah pakaian tradisional masyarakat H'mong (Bac Ha) di Vietnam.

www.ceritaku.my

Ini pula restauran yang menghidangkan makanan HALAL,selain dari NISA RESTAURANT. Ingat tak lagi kisah kami berjumpa pelajar Singapura,yang membawa handycam unik.Kami bertemu mereka dan bertukar maklumat serta menuju ke restauran Tandoor ini.

www.ceritaku.my

Ini pula tiket kami ketika masuk ke muzium tempoh hari.Abe Mat bergambar dengan memakai topi Vietnam tuu...

www.ceritaku.my

Pemandangan dari jauh orang ramai di tengah Tasik Hoan Kiem menuju ke pagoda lama.Memang ramai pengunjung di waktu petang.

www.ceritaku.my

Ini pula pagoda yang ketika kami di sana,sedang dalam proses baik-pulih. Kena mendayung kalau nak ke pagoda ini.

www.ceritaku.my

Kita lihat dari jauh....

www.ceritaku.my

Gerbang utama...menuju ke pagoda.

www.ceritaku.my

Ada yang santai ditengah jambatan ini sambil bergambar,sementara menunggu giliran masuk.

www.ceritaku.my

Upppsss,macam kenal je. Tak lepas peluang ambil gambar di kalangan masyarakat setempat.

www.ceritaku.my

Sesiapa yang pernah sampai di Bandar Hanoi atau yang bakal ke Hanoi,pastikan anda melihat bangunan ini yang terletak di tengah bandar.

www.ceritaku.my

Keunikkan Hanoi dengan kepelbagaian kedai jualan dan penjaja jalanannya.Percayalah bila anda sampai di Hanoi,anda pasti tertawan dengan keunikan yang pelik tetapi realiti berlaku.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home