Banjir di Hanoi

www.ceritaku.my

Pada entry banjir yang lepas,saya bersama dengan Abe Mat jalan bersama nak ke night market Hanoi. Tapi banjir kali ini saya keseorangan. Memang mengejutkan dan tak sangka pula Hanoi pun berlaku banjir kilat. Kawan-kawan pembaca yang belum baca entry banjir yang lepas boleh klik SINI dan lihat perbezaannya. 

www.ceritaku.my

Tanpa sebarang amaran,tak ada kilat atau guruh seperti hujan di Malaysia....hanya tiupan angin kencang,hujan terus mencurah dengan lebatnya. Saya pula tengah sibuk membeli barang buat adik-adik,sambil mata melilau ...risau juga dengan kelebatan hujan ni. Baju hujan,payung semuanya tak ada,nampak gaya kena main airlah sekejab lagi.

www.ceritaku.my

Sekejab saja terus,air di depan kedai naik dengan mendadak.Masih terfikir lagi nak ke seberang jalan menuju hotel memang basah kuyuplah....tunggulah! dengan harapan hujan reda.

www.ceritaku.my

Nampaknya dah hampir 5 minit hujan memang tak mahu berhenti ni,kena menapak sambil main air lah. Abe Mat mesti dah risau...puan blogger tak balik lagi ni...

www.ceritaku.my

Akhirnya saya redah juga hujan. Keadaan air masa itu sudah mula naik hingga satu anak tangga di kedai yang saya singgah membeli barangan.Nak tunggu rasanya hujan tak akan berhenti,terus saya minta plastik lebih untuk di sarung ke kepala dan mula lari-lari anak menuju ke hotel sewaan. Wah!basah kuyup juga walau pun berteduh jarang-jarang tepi kedai....sepanjang jalan menuju ke hotel dapat juga melihat tuan kedai sibuk memunggah barangan kedai ke tempat tinggi dan mula menutup kedai.Akhirnya selamat sampai di hotel,sambil basah tubuh.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home