Masjid Cina@ Masjid Beijing di Rantau Panjang

Bagi pembaca yang baru membaca entry ini,anda boleh membaca mengenai Masjid Cina@Masjid Beijing di sini . Ada juga beberapa maklumat yan...

www.ceritaku.my

Bagi pembaca yang baru membaca entry ini,anda boleh membaca mengenai Masjid Cina@Masjid Beijing di sini. Ada juga beberapa maklumat yang boleh dibaca dalam blog myadha dan beberapa kawan yang lain.Pasti pembaca ingin mengetahui berapa kos pembinaanya. Mengikut maklumat pembacaan saya kosnya menelan belanja hampir 9 juta. Lihat saja pada paparan saya yang sebelum ini. Memang cantik rekebentuknya.Dan paling saya suka keadaan persekitaran Masjid Cina@ Masjid Beijing ini bersih dan selesa. Tiada halangan bagi pelancong untuk berkunjung dan bergambar di Masjid Cina ini. Malah anak saudara saya,beriya-iya ingin mengambil gambar di ruang imam....(lihat gambar di atas).

www.ceritaku.my

Ini pula pembahagi ruang solat wanita dengan lelaki. Tahukah anda,bahawa cetusan idea pembinaan Masjid Bejing@Masjid Cina ini adalah dari Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Dari pembacaan saya,pada peringkat awal pembukaan masjid ini khabarnya solat terawih diimamkan oleh Imam jemputan dari China...yang kebetulan ketika pembukaan ini jatuh pula pada bulan Ramadhan.Tahniah!pihak yang bertanggungjawab satu inovasi dalam menyebarkan syiar islam.Bagi anda yang berada di luar Kelantan,dan datang berkunjung ke Rantau Panjang jangan lepaskan peluang berkunjung dan bersolat di Masjid Cina@Masjid Beijing ini. Kita akhiri kisah Masjid Cina/Beijing di sini....Kami dah melawat anda bila lagi?....(Entry baru bakal menyusul,sedang fikir)

You Might Also Like

3 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif