Feri ke Pulau Karimun, Indonesia

www.ceritaku.my

Inilah gambar awal situasi dalam feri ke Pulau Karimun yang sempat saya ambil sebelum penumpang lain masuk ke sini,macam mana dapat masuk awal? Kami tak ada banyak beg seperti penumpang lain,sebab itulah senang nak masuk tanpa perlu memikul beg barangan seperti dalam gambar yang telah saya siarkan
.
www.ceritaku.my

Jangan terkejut,Abe Mat minta izin nak masuk, dengan keizinan juga dapatlah bergambar di bilik pemandu feri. Oooo...begini rupanya bilik pemandu feri,almaklumlah tak pernah tengok sebelum ini.


Rupanya bukan seorang yang duduk bekerja dalam bilik pemandu ini.Ada dua atau tiga individu terlibat dalam operasi pemanduan feri.Sekali perhati macam di dalam kapal terbang pula.

www.ceritaku.my

Kami memilih duduk di belakang bilik pemandu feri.Memanglah tak ada pemandangan nak tengok bahagian depan tapi kiri kanan cermin feri ini masih boleh tinjau suasana lautan.Lokasi ini tidak ramai penumpang dan bebas dari asap rokok.

www.ceritaku.my

Jangan lupa...beli tiket untuk ke sini,passport pun bawalah.Ini bukan Malaysia,kita nak ke Indonesia.

www.ceritaku.my

Alhamdulillah,akhirnya sampai juga kami di sini. Apa yang menarik di sini? Khabarnya pakaian murah-murah...betul ke?Nantilah,kita cop passport dulu.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home