Wang Kelian jalan masuk ke Malaysia


Dari Phuket kami merancang untuk keluar dari Thailand ini pada hari yang sama.Masih dalam dilema ketika itu sama ada nak keluar ikut Bukit Kayu Hitam atau Wang Kelian.Bukit Kayu Hitam memang popular dikalangan bikers sebagai jalan keluar masuk ke Thailand,Wang Kelian amat jarang dilalui.Akhiranya kami mencuba jalan Wang Kelian,tahukah pembaca sekalian jalan masuk melalui Wang Kelian ini dibuka pada tahun 1992 lagi melalui Perjanjian Pertumbuhan Segi Tiga Utara.





Inilah antara beberapa keping gambar yang sempat saya ambil sekitar bandar sebelum menuju ke pintu keluar di Wang Kelian.


Oleh kerana kami tidak pernah berjalan atau ride menggunakan GPS atau peta,bantuan polis tempatan dalamkereta di depan itu amatlah berguna pada kami. Kami tak tahu jalan mana menuju ke pintu keluar menuju Wang Kelian,tambahan pula ketika kami ride ini masih belum wujud papan tanda. Sekarang sesiapa yang ke sini atau yang hendak berehat di Pak Bara tak perlu risau kerana sudah banyak papan tanda yang menunjuk arah lokasi anda.



Kalau sesiapa yang mahu menggunakan jalan ini pastikan anda sampai di pintu keluar sebelum pukul 6 waktu Malaysia,kalau terlebih terpaksalah tidur di Thailand lagi.Pintu keluar masuk ini ditutup jam enam petang. Kami selamat sampai kurang 5 minit jam 6 petang,kena melambai pihak imigresen Malaysia supaya menunggu kami cop passport pula. Kalau tidak kami bakal tidur disempadan antara Malaysia dan Thailand.Memang mendebarkan,kerana pertama kali mencuba nasib dan berlumba dengan masa untuk masuk ke negara sendiri.


Terasa lega bila dah sampai di sempadan ini.


Lebih lega bila nampak papan tanda tu.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home