Krabi popular


Keluar saja dari Koh Lanta,perut pun berkeroncong...nak makanlah tu. Ermmm,lokasi yang paling senang tak perlu fikir panjang ialah Bandar Krabi. Krabi popular diperkatakan orang Malaysia,kerana keindahan alamnya dan juga kerana ramainya masyarakat Islam di Krabi.


Simbol atau mercu tanda Krabi ini popular dan tak sah kalau anda dari jauh  datang ke Krabi  tidak bergambar di sini. Tahukah anda? Orang Thai yang berketurunan campuran Melayu dan Thai digelar Samsam.


Keturunan campuran Melayu dan Thai ini kebanyakkannya menganuti agama Islam tetapi masih mengamalkan budaya Thai.Di Krabi wujudnya keturunan campuran ini. Kelompok ini boleh bertutur Bahasa Melayu Kelantan atau Bahasa Melayu Kedah. Jangan terkejut,kalau berjumpa dengan mereka yang boleh bertutur dialek Utara Malaysia.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home