Sekarang dah tak berapa nak peduli mengenai kondisi jalan,sebab kami dah hampir sangat nak sampai di SAPA.Pembaca sekalian bolehlah baca dulu pada link yang saya sertakan ini.
Tengok betul-betul,jalan raya di depan anda. Inilah yang dikatakan sayup-sayup mata memandang.
Ada lagi rupanya jalan yang masih dalam pembinaan,tapi tidaklah seteruk jalan sebelum ini.
Maaflah muka sang kerbau ini,saya tak sempat nak snap. Yang mengekori dengan motorsikal itu ialah tuannya.
Makan debu sekali lagi kami. Malah debu yang melekat di baju kami ini amat sukar untuk dihilangkan. Balik Malaysia,saya kena cuci sebanyak 3 kali basuhan untuk mendapat kembali warna baju yang asal. Kenapa tak buang?...ish...ish tak baik membazir,boleh pakai lagi bajunya hingga hari ini.
Bagi pembaca yang sudah menerjah baca link Sapa pastinya tak sabar menunggu entry Sapa kami kelak. (perasan sekejab...).
Inilah antara aktiviti harian masyarakat setempat di Vietnam.Macam kita lihat di Malaysia,begitulah juga aktiviti yang mereka lakukan di sini.
Kali ini perjalanan kami lebih kepada pendakian.
Bayangkan keadaan kami,dengan motor yang kecil dan beg pakaian yang besar mendaki jalan menuju Sapa. Lihat di depan tu,berbukit dan berkabus...tempat tinggi.
Cantik tak? Jalan yang kami guna betul-betul di pinggir bukit.
Akhirnya kami sampai juga di sini,lokasi pelancong berhenti rehat sambil minum kopi serta menikmati pemandangan yang indah. Kami tak masuk pun sini,sebab nak cepat.Oh...sebelum lupa sesiapa yang nak masuk dikenakan bayaran....tak pasti pula berapa.
Dah petang ni,tapi masih berkabus.Dah terasa sejuk....
Ini gambar jalan yang kami daki dari bawah hingga sampai atas.













Ingatkan dah tiba kat SAPA
ReplyDeleterupanya belum
Hehe