Menu di Sa Pa @ Sapa

Menu...menu...menu...jangan lepaskan peluang anda jika sudah sampai di sini.  Orang Malaysia mesti nak makan nasi. Cuba kita lupakan se...

ceritaku.my

Menu...menu...menu...jangan lepaskan peluang anda jika sudah sampai di sini.  Orang Malaysia mesti nak makan nasi. Cuba kita lupakan seketika keenakkan nasi itu,dan nikmati pula kesegaran,kemanisan buah-buahan di Sa Pa @ Sapa ini.

ceritaku.my

Kami berdua memang akan mencuba...uppss bukan setakat mencuba makan dengan penuh perasaaan buah-buahan ini. Setakat mencuba makan di gerai itu cerita lain,yang dibeli cerita lain pula.

ceritaku.my

Oooo...nasi ada jual tapi nak makan dengan lauk apa? Tahukah pembaca sekali Islam mula tersebar di Vietnam ketika abad 10 dan 11 masehi melalui jemaah dari India.Tersebarnya Islam ke merata alam Vietnam seperti di Binh Tuan, Ninh Tuan,An Giang,Tay Ninh, Dong Nai dan Ho Chi Minh serta di Hanoi.Faham-fahamlah bahawa di sini  tiada lagi masyarakat Islam.


ceritaku.my

Inilah menu kami semasa berada di Sapa. Memang suka sangat.Buah-buahan terbaik dari ladang. Segar,manis....yang penting murah.Kalau nak makan roti pun ada...tapi kena cicah dengan air kopi atau teh lah....sardin tak ada pula saya jumpa di kedai Sa Pa. Puas juga mencari tiap kedai besar dan kecil saya masuk....sardin pork ada...yang HALAL tak ada.


ceritaku.my

Untuk pengetahuan pembaca sekalian,kami pun tak tahu nama sesetengah buah yang kami makan di sini.

ceritaku.my

Bila jumpa  buah-buahan yang pelik,terasa diri amat kecil sekali di bumi Allah ini.

ceritaku.my

Pelbagai rupa bentuk....rasanya memang TERBAIK SEDAP.

ceritaku.my

Jika sampai di Sa Pa @ Sapa,pastikan anda jangan lepaskan peluang untuk merasa sendiri setiap jenis buah-buahan ini. Nak cari di Malaysia? Saya tak pastilah ada atau tidak...psssttt sebab kalau di Malaysia Abe Mat yang selalu beli bawa balik ke rumah..hihiii

You Might Also Like

11 rajin tulis

  1. terliurnya tgk buah2an yg fresh tu...

    ReplyDelete
  2. wahh semua buah-buahan tu sgt best!

    ReplyDelete
  3. Haa...semua terliur ya! Walaupun pelik tapi sedap..tak tipu.

    ReplyDelete
  4. satu je kot yg saya kenal , lain2 buah tu tk kenal langsung , memang bertuah kak mah dpt pergi ke sana

    ReplyDelete
  5. Tetiba rasa lapar
    Tapi aku memang kena makan nasik gak
    Macam ni gaya, tak leh la gi sa pa
    Hehe

    ReplyDelete
  6. wah, pelik sungguh (sbb x pernah jumpa)
    mesti sedap kan?

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu,

    Yg berbulu tu bukan pulasan ke? Ada buah macam buah peach, kan?

    ReplyDelete
  8. Pelik..tapi memang sedap.
    Yang berbulu...bukan pulasan tapi sedap..ada buah peach yang pasti lain dar Malaysia.

    ReplyDelete
  9. salam kak mah...buah merah paling atas tu, selalu jumpa kat kedai makan mongolei, tp yg dah perap (ala ala laici tu)...anak saya suka...hehehehhe

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif