Friday, March 16, 2012

Selamat tinggal


Maaf kali ini,paparan gambar memang kabur. Kami minta bantuan pekerja guest house ambil gambar kami berdua. Dah beberapa kali dicubanya,inilah hasil terbaik yang dapat saya paparkan.Teringin nak ambil gambar kami suami isteri,tapi kurang menjadi apa kan daya....Sekarang kami nak bertolak ke lokasi seterusnya...Selamat tinggal Dien Bien Phu.


Laju juga Abe Mat pecut pagi ini,iyalah supaya kami segera melepasi lokasi jalan sebegini sebelum matahari naik meninggi. Kalau dah  beransur siang,makan debu jalananlah kami nanti.


Best juga kalau dapat tinggal macam rumah di atas. Rumah di atas tanah tinggi dan berhawa dingin tak perlu penyaman udara.


Tengoklah betapa gigih berusaha masyarakat di sini bekerja kuat demi mendapatkan sesuap nasi.Mereka makan nasi ke? Makan nasi juga mereka seperti kita rakyat Malaysia....lauk-pauk mereka lagi best segar dan besar...


Inilah kediaman masyarakat di pinggir bukit. Apa yang penting ada tempat untuk berteduh dari sang mentari dan limpahan air dari langit.

3 comments:

  1. hmm... bestnya...
    banyak pengalaman cara hidup berbeza org lain yg boleh dilihat.....

    ReplyDelete
  2. serasa dah diajak jalan2

    salam persahabatan
    dari Bogor, Indonesia

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen insyaallah saya akan membalas komen anda

Anda mesti baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...