Semakin matahari meninggi semakin menarik pula ride Vietnam Utara kami ini. Ini yang terkini kami terserempak,Abe Mat siap perlahankan honda semata-mata untuk saya mengambil gambar ini. Kenapa tak ambil dari depan? ....Iyalah kami berdua dari belakang,kalau dari depannya nampaklah wajah ayu wanita ini,sengaja nak buat suspen dan memaparkan hasil kreativiti masyarakat Vietnam ini.Cuba perhati...betapa cantiknya hiasan kepala yang dipakainya.Nasib baik tak jumpa semasa ride tempoh hari,kalau tidak saya dah beli satu...nak pakai di Malaysia.
Terjumpa pula dengan pelajar ini,pun berjalan kaki juga.Kalau di Malaysia dah tentu mak,ayah hantar sampai depan pagar sekolah. Di Vietnam masing-masing faham dengan peranan mereka.
Inilah wanita cantik dan paling sporting yang kami berdua jumpa di perjalanan ini. Siap merelakan diri menjadi model wanita bermotorsikal untuk kami berdua.Manis senyumannya,orangnya pun cantik...





sempat shoot bikes awek :) hehehe
ReplyDeletenice
mat rempit seperti kat malaysia ni tak ada ke?
ReplyDelete