Thursday, February 2, 2012

Pemandangan cantik di Vietnam


Alhamdulillah selepas kami mengalami sedikit masalah di awal ekspedisi pagi tadi,akhirnya semua berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah sepanjang perjalanan hari ini. Ini merupakan permulaan yang baik bagi hari pertama ride Vietnam Utara kami.Kali ini saya sengaja paparkan gambar berurutan pemandangan cantik yang kami berdua lihat di perjalanan ini. Pemandangan ini bagi saya amat cantik dan sukar diucapkan dengan kata-kata,tambahan pula faktor cuaca yang amat sesuai ketika kami ride. Maksud saya cuaca tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk...Kami mendaki bukit untuk perjalanan kali ini,biasalah bila sampai di lokasi berhawa dingin. Perut mulalah berkeroncong. Mulalah mata Abe Mat mengintai lokasi istirehat sambil melepaskan lelah.


Sampai juga kami di sini,antara lokasi tertinggi dan macam RnR di Malaysia juga,bezanya mereka dirikan wakaf-wakaf simple begini. Alang-alang dah sampai berhenti saja kami berdua di sini. Intai yang mana patut...jumpalah makanan ini. Jagung Vietnam/jagung bukit...untuk pengetahuan pembaca sekalian kalau di Thailand jagungnya berselang warna kuning dan hitam bukannya rosak tapi masyarakat Thailand memperkenalkan pada kami itu Jagung Pulut. Manakala di Vietnam pula,ianya dikenali sebagai jagung bukit kerana diusahakan/ditanam dipinggir bukit.


Rasanya ?? Ramai nak tahu kan....rasanya lemak-lemak,lembut dan kurang manis.Sesuai sebagai alas perut di kala kelaparan. Kalau yang mempunyai citarasa sedikit mereka pasti akan menyatakan bahawa Jagung Bukit ini tawar...bagi saya pun ianya tawar mungkin mereka rebusnya tanpa menambahkan sedikit garam ketika memasak jagung ini.Atau memang stail masakan mereka memang begini.


Sempat juga saya melihat proses memasak/merebus jagung di sini. Betul sangkaan saya mereka merebus jagung dengan air semata-mata tanpa garam sebagai bahan perisa.Mana mereka mendapatkan sumber air ? Lihatlah tong air yang sebelah kanan gambar ini. Mereka bawanya dari rumah dan merebus jagung di lokasi jualan ini.Maaf ya...kami nak habiskan makan jagung dulu sebelum ride.

15 comments:

  1. terliur tengok jagung pulut, liat-liat gitu..

    ReplyDelete
  2. wah..siriyes gmbr2 tue cantik.gmbr pemandangan header tue pun cantik gak.

    teringin nak g sane..tapi..sayang duit la.hehehe.

    New Entry (>.<) Akhirnya..Aku Dapat Kau (>.<)

    ReplyDelete
  3. Terliurnya nak makan jagung
    Tapi gigi dah longgar ni
    Huhu

    ReplyDelete
  4. macam kat banjaran titiwangsa la pulookkk..

    seksi orang bakar jagung tu..aooouuucchhh!! ;p

    ReplyDelete
  5. Bestnya, ronda-ronda sampai vietnam..

    ReplyDelete
  6. ada RnR atas bukit? mmg terbaik lah hehe

    ReplyDelete
  7. Salam kenal ... Seronoknya dpt jenjalan naik motor...!!

    ReplyDelete
  8. teringin untuk meronda2 keliling Malaysia..

    ReplyDelete
  9. cantik kawasan pergunungan ni kak.. saujana mata memandang..

    ReplyDelete
  10. Does this suggest you might be in a position to
    never get approved to acquire a car loans for anyone who've low credit rating payday loans read ahead for a few points that you simply should maintain mind when you happen to be looking for these financing options.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen insyaallah saya akan membalas komen anda

Anda mesti baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...