Kenyang makan jagung Vietnam yang direbus oleh wanita seksi....memaksa honda memecut laju hingga ke sini.Hanoi ke Mai Chau,jaraknya tidak jauh hanya sejauh 134km saja.
Memanglah dekat perjalanan ride honda kami hari ini,tambahan pula kami mula ride ketika matahari dah meninggi.Apa yang penting kami nak menikmati pemandangan cantik dan menghayati keindahan alam sepanjang ride kali ini. Sebab itu kami buat keputusan untuk bermalam di sini. Sempat lagi Abe Mat call Huang bertanyakan lokasi penginapan terdekat di sini.Alhamdulillah nasib baik menyebelahi kami kerana lokasi ini sememangnya sering dikunjungi oleh masyarakat tempatan untuk bermalam jika mereka mahu ke Sapa.Jom...lah kita tengok jalan di Vietnam.
Seronok tengok tempat orang kiri kanan jalan,sedar-sedar kami terlepas dari lokasi penginapan. Itu pun kami perasan bila terpandang papan tanda Son La...Ooooo terlajak pula,tak mungkin kami nak berpatah-balik. Akhirnya kami ambil keputusan meneruskan perjalanan lagi pun hari masih siang lagi. Ride lagi....
Seronok melihat kediaman mereka teringat pula kat kampung di Malaysia. Betul tak pembaca sekalian..?Bersih lokasi sekitar rumah mereka.Terjumpa juga rumah batu bertingkat di pinggir jalan ni,cantik sayangnya saya tak sempat nak ambil gambar rumah tersebut dari dekat.Ini di pinggir jalan cuba lihat bawah ...
Inilah gambar kediaman masyarakat setempat yang saya rakamkan sepanjang jalan ke Moc Chau hari ini.
Ini lah satu-satu rumah yang saya lihat ketika itu agak terpinggir sedikit/agak jauh dari rumah jiran. Unik dan cantik bentuk kediaman mereka.Dari Mai Chau tadi kami terlajak lebih kurang hampir 64km,rupanya. Nasib baik tak patah balik....dapatlah tengok rumah-rumah kampung yang cantik dan unik di sini. Seronok juga iyalah seperti berjalan/bersiar-siar di kampung sendiri pula. (nak sedapkan hati yang dah terlajak di negara orang...hihiii).
Nak ride ke Son La hari ini? Maaflah dah lewat rasanya untuk perjalanan hari ini. Kenalah kami mencari tempat nak tidur malam nanti.
Akhirnya jumpa guest house,nak tahu tak? Pemiliknya sepatah Bahasa Inggeris pun tak boleh bertutur,kami umpama itik dan ayam nak berkomunikasi dengan mereka mengenai bilik dan kosnya. Dapat juga kami menginap di sini,nak tahu harga sewa guest house ini?Harganya USD10 semalaman...selesa dan bersesuaian dan psssttt...saya siap boleh basuh pakaian lagi kerana di depan bilik kami ada ampaian.








mesti sedap jagung tu kan..
ReplyDeleteSudahnya guna bahasa orang bisu la ya?
ReplyDeleteHehe
kne buat bhsa isyarat la cmtu.hihi
ReplyDeleteKak, saya vote blog akak sbg travel blog. Giler menarik perjalanan.
ReplyDeleteEn.Nazri..
ReplyDeleteTerima kasih,akak masih belajar memahirkan diri dengan dunia blogger ini.