Friday, February 10, 2012

Guest house Moc Chau



Alhamdulilah,selamat dan selesai menunaikan tugasan kepada negara hari ini saya nak menyambung semula cerita kami berdua di Moc Chau.Sepetang kami bersiar-siar ambil udara segar di Moc Chau,malah kalau sekali pembaca melihat paparan gambar yang saya siarkan pasti pembaca sekalian merasa suasana di sini aman,sunyi dan mungkin menakutkan (kerana kita berada di bumi negara orang). Moc Chau perlu kami lalui untuk sampai ke Son La. Pembaca boleh layari beberapa laman web lain untuk mendapatkan gambaran meluas mengenai Moc Chau.Bagi kami berdua pula dah terlanjur bermalam di sini,belek-belek buku sejarah lampau Moc Chau di guest house ini amat menyeronokkan.



Lihatlah gambar lama Moc Chau,apa yang ada dalam buku mengenai Moc Chau ini rupanya diabadikan oleh pemilik guest house ini di dinding lobi. Memang menakjubkan pemandangan Moc Chau,malah kami yang bermalam di sini pun terasa kesejukkan malam yang mula meresap ke tubuh kami. Kebetulan pula ketika ekspedisi Vietnam Utara ini kami sempat merasa musim sejuk di sana.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen insyaallah saya akan membalas komen anda

Anda mesti baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...