Monday, February 13, 2012

Alam semulajadi menjana ekonomi negara Vietnam


Dari Moc Chau,seawal jam 5.30 pagi meredah kedinginan pagi amat menyengat angin sejuk hingga  ke tulang badan. Sejuk sungguh tapi kami amat berpuas hati dengan hidangan pemandangan pagi yang mempesonakan mata kami berdua. Terbaik, tercantik dan terindah ciptaan Ilahi untuk makhluknya. Betul-betul rasa suasana nyaman di kampung.


Di kampung ini masih ada jambatan sebegini,kalau di kampung saya rasanya dah tak wujud kecuali di kawasan Gua Musang dan persekitaran sepertinya. Negara Malaysia semakin maju,begitu juga di Borneo sudah semakin membangun pembangunannya.Di Vietnam ini,kepadatan penduduk memaksa persaingan hebat antara sesama sendiri untuk memajukan ekonomi keluarga mereka. Tahukah anda....suspen saja bunyinya,dari perbualan kami berdua dengan kenalan di Vietnam ini...menurut mereka gaji tahunan mereka yang bekerja sebagai buruh sebanyak USD100 .00 saja.Fikir-fikirkan...bagaimana peritnya nak meneruskan hidup dengan keadaan yang begitu kesempitan sumber ekonominya.Lupakan kisah ini,kita lihat keindahan alam negara Vietnam.



Cantik,subur tanahnya....alhamdulillah dengan kepadatan penduduk seramai 90 juta ini mereka masih mampu bertani untuk menjana ekonomi mereka.Tenang fikiran bila melihat pemandangan cantik sebegini.






Satu lagi keunikkan dalam proses mengangkut tanah mereka masih menggunakan cara tradisional ini. Teringat pula masa belajar Geografi sekolah menengah dulu...Tapi kalau dulu tengok gambar saja kali ini dapat pula melihat secara live....

10 comments:

  1. Enjoy every bit of your account of the trip. Keep em coming.

    ReplyDelete
  2. oh ;; semua tu sy tak pernah tengok di malaysia kak zmah .. sukaa.. saya langgan rss je senang nak singgah blog ni ..

    ReplyDelete
  3. suasana keindahan kampung yang sukar dilihat di negara kita...

    ReplyDelete
  4. rupa-rupanya hasil ekonomi mereka dari sawah padi..

    ReplyDelete
  5. teringin gak naik kapchai meronda vietnam...

    ReplyDelete
  6. Adylia a.k.a ciksu...
    Tahulah baru pakai kaca mata,tengok bebetul ....tunjuk mana gambar yang kelabu?

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen insyaallah saya akan membalas komen anda

Anda mesti baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...