Sunday, November 20, 2011

Sticker bikers

 

Kali ini saya paparkan gambar-gambar yang mengenai sticker kelab-kelab motor seluruh jelajah kami di Indonesia.Bermula dari Pulau Sumatera,Pulau Jawa dan berakhir di Kalimantan. 



Semua/keseluruhan ER6 kami penuh dengan pelbagai tampalan sticker kelab yang menarik. Setiap sticker melambang lokasi yang sudah kami sampai.  


Dari depan ER6 hingga ke belakang...seterusnya setiap ruang kosong ER6 kami ditampal dengan sticker kelab motor. 
 

Rasanya pembaca pun mesti terkejut,satu motor penuh dengan sticker kelab. 




Di sini pun mereka tampal sticker,sebagai tanda kenang-kenangan/penghargaan kepada biker yang berkunjung ke lokasi mereka.Terima kasih kepada semua kelab-kelab bikers yang memberi sticker kepada kami... 













Wednesday, November 16, 2011

Lundu terus ride ke Bau- Pasar Serikin



Setelah menghilangkan dahaga di gerai makanan ringan di Lundu,kami terus menuju ke Bau. Sekitar 62km saja,tapi tak puas hati pula kalau tidak ke Pasar Serikin yang terkenal itu.


Kenalah kami beratur juga nak masuk ke ruangan niaga Pasar Serikin. Wah! walau pun panas terik tetapi pengunjung yang datang untuk membeli-belah tetap ramai.Maklumlah Pasar Serikin ini hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad saja.Jom..kita lihat apa yang boleh kita beli di sini..


Meriah sungguh lihat pembeli dan penjual yang ramai di sini. Khabarnya barangan di sini murah,kenalah bijak tawar-menawar antara pembeli dan penjual.Kami tak shopping pun,sebab boxes motor kami dah penuh.Baiklah selesai menjamu mata di Pasar Serikin,kami terus ke border antara Serikin (Malaysia) dan Kalimantan (Indonesia).





Inilah sempadan antara Malaysia dan Indonesia,khususnya Kalimantan. Kami minta izin pasukan keselamatan negara kita untuk sampai di sini.Laluan ini agak mencabar kerana jambatan ini hanya dari kayu-kayan dan setiap papan jambatan yang patah hanya ditindih pula dengan papan yang baru diatas. Hasilnya jambatan jongkang-jongkit ,memang menakutkan kami. Sayalah orang pertama turun dari motor dan membiarkan abang Mat menolak ER6 kami.


Lihatlah jambatan yang kami lalui...jalan ini semasa kami pulang dari Indonesia (Kalimantan).Untuk pengetahuan pembaca sekalian ...laluan air dibawah tu boleh dilalui oleh kenderaan sama ada kereta atau motorsikal. Tetapi kami memilih laluan / melalui jambatan ini. Antara sebabnya laluan dibawah itu..berpasir dan kami khuatiri Er6 kami tenggelam..di sini.

Sunday, November 13, 2011

Sematan ke Lundu...



Antara Sematan ke Lundu tidaklah jauh sangat,lebih kurang 18km saja jarak perjalanannya. Kami ikut jalan kampung berdasarkan peta jalan yang ditunjukkan oleh penduduk setempat. Sampai juga kami di sini,kalau nak tahu apa menarik di Lundu anda boleh baca catatan kawan blogger ini,beliau berasal dari Lundu.


Sambil meronda atas motor,dapat juga lah snap beberapa gambar...penduduk setempat membeli-belah di pasar tani.


Lokasi menuntut ilmu....



Inilah 2 keping gambar yang sempat diambil,sekali tengok macam rumah kampung...(di kampung saya)


Hinggalah kami sampai di sini,kiranya inilah lokasi terakhir atau penghujung jalan bagi Lundu. Kami berhenti rehat di sebuah gerai di sini sambil borak-borak. Dalam syok bercerita tu,makcik kedai menyatakan bahawa ramai juga tenaga pengajar dari semenanjung yang berkhidmat di sini. Malangnya kami tak sempatlah berjumpa,cuti sekolah...semuanya pulang ke kampung halaman.

Friday, November 11, 2011

Dari Kuching ride ke Sematan.

                         

Bangun pagi ...Abang Mat suruh bersiap nak ride lagi....



Bestnya malam tadi amat lena tidur,dah perlu risau nak ride ke mana-mana dah. Kami sudah sampai di Malaysia,sebenarnya di Bandaraya Kuching. Tahun 2010 yang lepas kami sudah pun menjelajah Borneo hingga ke Kuching. Tapi hari ini kami hendak lengkapkan jelajah kami yang dulu sampai di Kuching saja .. ini nak ke Sematan pula.


View Larger Map


Jarak perjalanan hari ini lebih kurang 100km saja sehala,jadi kena ride selama 1 jam dan lebih-lebih sikit,kalau kami berhenti ambil gambar atau singgah ke lokasi yang menarik perhati kami. Bestnya...dapat lihat rumah kampung,kami melalui Lundu untuk sampai di Semantan.



Sampai saja di sini kami agak terkejut kerana terlalu sunyi pekan ini dari hiruk-piruk bunyi enjin kenderaan. Macam tak percaya saja,pekan kecil yang ada pelbagai kedai untuk keperluan asas penduduk setempat tetapi agak sunyi,setelah kami selidik...rupanya inilah keadaan/situasi harian pekan ini. Kalau dulu kata mereka ada juga bas-bas awam yang berulang-alik antara Kuching ke Sematan. Namun sekarang sudah tiada. Maklum saja masing-masing sudah punya kenderaan sendiri dan lebih senang dengan pengangkutan sendiri. Lihatlah pasar taninya...tak banyak gerai-gerai yang dibuka.


Perut macam tahu saja kami sudah sampai di Pekan Sematan. Nak sarapan dululah,masa keluar dari hotel tadi kami belum bersarapan,memang dah niat nak sarapan di Sematan.Permisi...ye kami sarapan di sini.



Sematan ini merupakan hujung/penghujung Borneo...tapi yang kami sampai ini Pekan Sematan,kalau penghujungnya kena menaiki bot untuk ke pulau yang dikatakan sebagai penghujung bagi Borneo ini.





Pembaca tengok pasti terkejut dengan kebersihan pasar Sematan ini,saya sememangnya terkejut sungguh. Iyalah...tak sangka dapat melihat begitu bersihnya pasar ini. Sampaikan bila lihat jualan sayur di sini pun dah terasa enak bila dimasak. Seronoknya...di Sematan tak bising...tapi pasti sangat sunyi bila malam menjelma. Ada pelancong dari semenanjung menyatakan amat sunyi menginap di Sematan,kalau betul-betul mahu ketenangan bolehlah ke Sematan.

Thursday, November 10, 2011

Sarawak,Bumi Kenyalang


Kami sampai di Kuching petang,perjalanan asyik terhenti-henti akibat lebatnya hujan yang Allah kurniakan pada Bumi Kenyalang ini. Memang kebasahan sungguh kami bila samapi di Hoteh Fatah...itulah lokasi penginapan kami di Sarawak. Lencun,kuyup...apa lagi kesejukkan malah check-in dalam titisan air hujan yang kami bawa dari luar hingga ke dalam bilik. Berehat seketika...penat ride dalam cuaca hujan dan redup...malah lebih banyak kebasahan dari kekeringan...Sejuk! Petang nanti baru nak keluar mengisi tangki perut yang mula berirama.


Bestnya....hilang penat setelah berehat beberapa jam. Sempat bersiram dengan air panas dalam  bilik sambil tidur-tidur ayam. Relak sambil mengendurkan urat-urat yang tegang. Petang...mulalah kami berdua menapak ke Waterfront tak lah jauh sangat kami berjalan sambil buat senaman kaki. Kalau di Sarawak ini,sesiapa saja terutamanya pelancong Wajib ke sini. Iyalah...inilah lokasi pelancongan utama di Kuching. Dulu kami pernah menginap di Tune Hotel,best juga sebab betul-betul depan Waterfront.Sekarang tukar selera pula. Sebenarnya bukan nak ke Waterfront...kami nak ke seberang dengan perahu/bot tambang. Tambangnya berbeza dari 40 sen,50sen hingga RM1.00 mengikut masa penggunaan kita untuk ke seberang. Sekejab saja sudah sampai ke lokasi makan-makan kami...jemput makan kawan-kawan...


Tak teringat nak ambil foto makanan kali ini,kalau tak salah ingatan saya kami makan nasi goreng dan laksa sarawak.Alhamdullillah ...kenyang perut senang hati...lenalah tidur kami malam nanti.


Selesai makan...hari pun sudah menghampiri maghrib,menunggu bot penumpang dan nak menapak pulang ke hotel. Malam ini nak rehat sepuasnya....esok nak ride mana ya???






















Tuesday, November 8, 2011

Saya tengok,awak pun tengok apa yang saya tengok...sampai di TEBEDU


Perjalanan untuk ke Tebedu hari ini agak santai ,kerana sudah menghampiri Malaysia. Kami berdua dengan ditemani oleh 2 orang biker Pontianak bergerak perlahan saja. Faktor jalan yang agak sempit dan lalu-lintas yang agak sibuk antara penyumbang kepada perjalanan yang perlahan ini.


Seronok juga bila tidak terlalu mengejar masa untuk sampai di sesuatu lokasi,mata kami dapat melihat sesuatu yang baru seperti gambar di atas.


Kami bersarapan pagi di Sungai Pinyuh. Untuk pengetahuan anda di sini agak sukar untuk mencari tempat makan bagi muslim,mujurlah ada teman biker ini yang bersama kami hingga di sini.Hanya 13% saja kaum melayu di sini .Nak tahu lebih lanjuk klik di SINI 


Kami berpisah di Sungai Pinyuh dengan biker Pontianak. Terima kasih teman. Seterusnya perjalanan kami diteruskan berdasarkan peta yang diceritakan pada kami. Kenapa peta?? Mana GPS kami..?? Sebenarnya bila jejak saja di Kalimantan,khususnya Pontianak GPS-garmin kami tidak berfungsi,kenapa? Kami sendiri pun tidak pasti. Kelam-kabut juga kerana pada awal sangkaan kami garmin itu kehabisan bateri,bila test bateri penuh...rosak ke?...Rupa-rupanya kawan kami yang sudah ke sini dulu menyatakan masa kedatangan mereka ke sini perkara yang sama berlaku pada mereka.


Berdasarkan peta kawan tadi,kami meneruskan perjalanan untuk sampai ke Sarawak. Selalunya  bila terpandang pintu gerbang ini tandanya kami berada di lokasi daerah yang baru...rasanya sudah menghampiri tanahair.


Alhamdulillah,akhirnya sampai juga kami di TEBEDU,MALAYSIA.

Saturday, November 5, 2011

Main air bah sebelum ke Tebedu...


Hari ini kami bertolak awal pagi juga,kami dihantar oleh 2 orang sahabat biker Pontianak yang akan menemani kami hingga separuh perjalanan ke Tebedu.Perjalanan kami hanya sejauh 250km saja...dalam 3-4 jam akan sampai di Tebedu. Itu semua bergantung pada situasi semasa perjalanan. Ini pun dah meredah air bah/banjir. Semalam Pontianak hujan lebat sungguh dan bersambung ke pagi.


Malah semasa kami bertolak dari hotel Khatulistiwatadi hujan masih turun,tapi hujan renyai-renyailah. Nak tunggu hujan berhenti akan lambat pergerakan. Kami redah saja hujan...sambil bermain air. Nasib baik hanya beberapa lokasi saja jalan yang ditenggelami air.Hujan pun hanya di lokasi tertentu saja,alhamdulillah dapat kami segera sampai di Tebedu. Pergerakan ER6 kami agak lambat sikit akibat faktor jalan yang berliku dan ada beberapa gangguan haiwan yang melintas kena berhati-hati dan bertolak-ansur dengan pengguna jalan raya itu.

Anda mesti baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...