www.ceritaku.m

Alang-alang sudah menjejakkan kaki di Jakarta,kami singgah di Motoritz.Apa ada di Motoritz? Banyak barangan berkaitan dengan motor ada di sini. Bagi yang berminat anda boleh melayari laman sesawang MOTORITZ .

www.ceritaku.m

Kami bertemu dengan pemilik Motoritz ini iaitu Pak Nirwan. Gembira kami dapat berkenalan dan bertukar-tukar cerita dengan kalian. Lama juga kami berada di kedai ini,sambil berehat dan melihat pelbagai barangan di sini.

www.ceritaku.m

Kebiasaan bagi kami berdua bila berjalan ke lokasi baru atau ke tempat yang belum pernah kami kunjungi,perkara utama bila perut berkeroncong meminta bantuan. Kami akan mencuba sesuatu yang baru untuk dimakan. Lantas dipelawa oleh teman kami ini untuk mencuba gado-gado. Menurut teman kami,menu ini merupakan makanan utama pilihan masyarakat tempatan disini.Memang sedap...nasi disirami dengan kuah kacang.



Menu di gerai sebelah ini,sekadar menjadi santapan mata kami kerana gado-gado tadi terlalu banyak bagi saya hingga tidak dapat menghabiskannya. Sayang sekali tidak dapat merasai tempe goreng kesukaan saya...
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home