Penat kami meneroka sejarah kejadian tsunami,petangnya kami rancang nak berseronok sikit. Sementara menanti petang,rehat dulu di hotel.....
Rupanya petang ramai pula bikers Banda Aceh nak join kami. Sebenarnya ramai dikalangan bikers Banda Aceh ini merupakan pelajar Universiti tempatan,sebab itu mereka meminta aktiviti konvoi santai ini dilakukan setelah selesai kuliah. Bagus! ilmu diutamakan. Jom..! kita ke pantai....
Kami mencari lokasi istirehat yang strategik,betul-betul mengadap pantai luas mata memandang. Maaf lah! sebenarnya selepas zohor tadi dari hotel kami tak lunch,nak lunch di pantai ni. Kita lihat apa menu istimewa hidangan mereka.
Pilih punya pilih,lantas Abang Mat nak makan bakar ikan ini. Kita cuba resepi Banda Aceh. Tunggu sekejab mereka nak sediakan menu makan siang kami....
Sementara menunggu makan siang kami sempat berkongsi pengalaman bermotorsikal. Percayalah amat jauh bezanya menunggang motorsikal antara di Malaysia dengan Indonesia. Sambil-sambil itu,silalah jamu mata anda dengan suasana pantai ini.
Sengaja kami datang awal nak rehat di sini,tak ramai pengunjung lagi. Tapi kita tunggu petang nanti pantai ini akan dipenuhi dengan pengunjung. Bila panas dahaga pula rasanya,kejab nak minum air nyior atau air kelapa. Uniknya di sini air kelapa dihidangkan dengan gula dan asam limau kasturi. Menurut mereka jika air kelapa itu tawar,silalah isi dengan gula,untuk lebih sedap titiskan perahan limau kasturi dalam air kelapa tersebut. Saya tidaklah mencuba resepi ini,sebab air kelapa saya secukup rasa.
Lama juga menanti ikan bakar ini,maklumkan kena siang dulu baru dibakar. Sempat mengambil beberapa keping gambar buat kenang-kenangan. Permisi dulu,hidangan makan siang kami sudah sampai....Jom! lihat apa menunya.
Ulam-ulaman dan sambal kicap yang sampai dulu.
Ikan bakar dengan sambal kicap. Memang sedap,lebih SEDAP lagi ialah sambal TERASI...Sempat juga saya mendapatkan resepi TERASI ini,memang sedap,habis satu pinggan nasi kami makan.
Selesai saja makan ada lagi beberapa kawan bikers yang baru selesai kuliah datang menyertai kami, happy hour....tunggang motorsikal sekejab.
Testing-testing,kalau berjaya nak beli buat main di pantai Malaysia.