Gulai lidah sapi atau lembu amat popular di Indonesia. Maaflah,kalau pembaca nak tahu,rasanya saya sendiri tidak makan menu ini.
Ini pula gulai hati,leher dan pedal ayam yang diikat menjadi satu. Menu ini saya makan,rasanya seperti gulai lemak biasa dan sedap.
Ini pula sambal versi Indonesia ianya dikenali sebagai Sambal Hijau.
Selain dari sambal hijau,ada juga Sambal Merah. Kalau di Malaysia kita makan sambal merah cili padi atau sambal belacan.
Banyak tak hidangan yang disediakan untuk 4 orang makan,kami hanya makan menu yang kami suka saja. Bayaran pula dikira pada hidangan lauk-pauk yang habis saja,kalau anda ambil kuahnya tuan kedai tidak masukkan dalam bil sebab lauknya masih ada.
Abang Mat terkejut melihat hidangan yang begitu banyak. Semuanya nampak menyelerakan dan sedap-sedap belaka.