Thursday, March 31, 2011

Trans-Borneo Day 14 From Sibu to Kuching



Perjalanan seterusnya ialah menuju ke Kuching....Ingin segera berada di Kuching,menguruskan kepulangan ke Semenanjung.
Perjalanan diiringi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu,panas dan hujan renyai-renyai sepanjang jalan

Yes....akhirnya sampai juga kami di Kuching,menginap di mana???

Wednesday, March 30, 2011

Trans-Borneo Day 14 Presiden Bikers Sibu

Perkenalkan ini Presiden Bikers Sibu,juga merangkap pemilik Restauran Rafie Cafe. Kami hanya sempat berbual seketika saja,kerana ingin segera ke Kuching bagi menamatkan ride Trans-Borneo kami ini. Terima kasih kepada semua bikers Sibu...

Monday, March 28, 2011

Trans-Borneo Day 14 Pagoda Di Sibu

 
Inilah satu-satunya pagoda yang ada di Sibu,terletak di tengah Bandar Sibu.Malah pagoda ini terkenal di kalangan pelancong asing. Untuk pengetahuan anda,Sibu mempunyai pelbagai etnik antaranya Cina 42%, Iban 33%, Melanau 15%, Melayu 8% dan lain-lain 2%. Tidak hairanlah jika wujud kuil di Sibu.

Saturday, March 26, 2011

Trans-Borneo Day 14 Wisma Sanyan,Sibu


Inilah  Wisma Sanyan,lokasinya bersebelahan dengan RH Hotel (Rimbunan Hijau Hotel). Berhadapan dengan Tebingan Rejang,amat sesuai sebagai lokasi pelancongan utama di Sibu. Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian Wisma Sanyan ini merupakan bangunan yang tertinggi di Sibu dan juga Sarawak. Wisma Sanyan ini setinggi 28 tingkat,sememangnya ini lah kebanggaan orang Sibu.

Friday, March 25, 2011

Trans-Borneo Day 14 Pengangkutan utama di Bandar Sibu

Abang Mat bergambar di depan hentian ekspress laluan air atau pengangkutan air Sibu....Kalau ada yang mahu ke Kapit melalui jalan air disinilah lokasi utama.


Hentian pengangkutan darat juga amat popular di Sibu....Selalunya setiap pengguna akan memilih untuk menggunakan hentian pengangkutan darat dan air mengikut lokasi yang hendak dituju.


Gambar lokasi pengangkutan darat dan air yang boleh anda gunakan di Sibu,pilih saja yang mana suka.

Thursday, March 24, 2011

Trans-Borneo Day 14 Mee kampua...Sibu

Inilah mee kampua Sibu yang terkenal itu,tidak sah kehadiran anda di Sibu jika tidak merasa mee kampua. Mee kampua ini terkenal dikalangan masyarakat Foo Chow di Bandar Sibu. Cara dan bahan hidangan mee kampua ini berbeza dengan cara penyediaan Kolok Mee. Kolok mee juga merupakan hidangan enak di Sarawak. Pastikan anda mencubanya.

Wednesday, March 23, 2011

Trans-Borneo Day 14 Sibu with Jasmin

Hari ke 14 kami di Bandar Sibu, bersarapan dengan Morodhi serta anaknya Jasmin.

Hanya kami bertiga saja bersarapan,isteri Morodhi tidak dapat turut serta kerana bekerja. Jom sarapan dulu sebelum kita ronda sekeliling Bandar Sibu.

Monday, March 21, 2011

Trans-Borneo Day 13 Tebingan Sibu

Bergambar kenangan di Tebingan Sibu atau lebih dikenali  sebagai Tebingan Rejang. 

Terkenal sebagai satu lokasi rekreasi riadah bagi masyarakat setempat. Di hadapannya adalah lokasi pembinaan kapal oleh masyarakat Sibu.

Thursday, March 10, 2011

Trans-Borneo Day 13 Sibu - Industri pembinaan kapal

i 
Inilah gambar pemandang kawasan di Tebingan Rejang dikala menanti waktu senja menjelma. Tebingan Rejang memang sangat indah ,merupakan kawasan santai bagi masyarakat setempat.

 
Ingat lagi mengenai industri pembinaan kapal di Sibu?...Hebatnya orang Sibu.....hebatnya rakyat Malaysia. Penduduk bahagian Sibu anggaran seramai 276,233 orang. Lokasinya di tengah Sarawak,antara pertemuan Sungai Rejang dan Igan. Jaraknya hanya sejauh 130km dari Laut China Selatan.,bersempadan pula dengan Sarikei, Mukah, Bintulu dan Kapit. Walaupun Sibu terletak di tengah Sarawak,ianya terbahagi kepada 3 daerah iaitu Sibu, Kanowit dan Selangan.

Monday, March 7, 2011

Trans-Borneo Day 13 Sore di Sibu

Kenapa banyak kapal ?....SIBU terkenal dengan INDUSTRI PEMBUATAN KAPAL? Betul ke??
Mulanya tertanya-tanya juga kenapa ada kapal di sini? Tahukah anda Sibu terkenal dengan pembinaan kapal. Kapal buatan Sibu berada di perairan 10 buah negara.....antaranya di Singapura, Brunei, Myanmar, Vietnam, Papua New Guinea, China dan Filipina.

Nama asal Sibu...?? Siapa tahu....tak mengapa biar saya beritahu,nama asalnya dari sejenis rambutan 'SIBAU' dalam bahasa Iban. Cukuplah sejarah Sibu jom kita lihat gambar Wisma Sanyan...yang terletak di Tebingan Rejang.....inilah antara lokasi tarikan utama pelancong di Sibu.

Saturday, March 5, 2011

Trans-Borneo Day 13 Sibu with Morodhi

Perkenalkan ini biker Sibu,namanya Morodhi...tour guide rasmi kami di Sibu. Berasal dari Semenanjung,isterinya berkhidmat di Sibu,seorang doktor.

Nampak tak apa di depan tu? Kami nak ke situ,nak amik gambar. Ini lah mercu tanda Sibu.

Setiap pelancong yang datang ke Sibu mesti bergambar di gerbang ini. Baru lengkap perjalanan mereka. Ada lagi gambar....tengok bawah ni..

Lokasi sama hanya berlainan versi tulisannya....1 Malaysia.

Ini pula gambar pemandangan di sebelah kanan gerbang...apa ni?? Kita minta orang Sibu jawab...! Ada berani...!

Thursday, March 3, 2011

Trans-Borneo Day 13 Bintulu to Sibu

Hari ke 13 sepanjang hari penuh kami duduk di atas motor,apa tidaknya kami bermula dari Limbang jam 6.50 pagi...berterusan hingga ke Sibu,jaraknya 615km.


Agak penat perjalanan hari ke 13 ini dalam ekspedisi Trans-Borneo kami berdua tapi PUAS HATI. Dapat lihat penempatan atau rumah panjang di depan mata.

Ini lah keseronokkan kami berdua,bukan senang nak dapatkan gambar rumah panjang sebegini.

Aduhhhh.....penatnya...kata Abang Mat. Nak rehat kejab,sambil betulkan urat tua...hihiii...

Rupanya...tempat hentian rehat kami hanya beberapa meter saja dengan jirat ini. Menurut maklumat Morodhi ini merupakan Kubur Cina yang Terbesar di Asia...Morodhi??? Kawan biker Sibu....dah siap sedia menunggu kami di pinggir bandar Sibu....Kejab nak posing sini...sambil hilangkan penat.

Pemandangan dari depan.

Gambar diambil dari sisi kiri kubur ini.

Jangan lupa inilah HERO saya....Abang Mat. Lihat gambar ini nampak jelas tali dalam plastik yang dibekalkan oleh Cikgu Samsir,untuk standby jika berlaku kerosakkan motor. Kawan...terima kasih,kami masih simpan tali itu.



Tuesday, March 1, 2011

Trans-Borneo Day 13 Bintulu...with bikers

Dah puas kami dibawa meronda meninjau persekitaran bandar Bintulu.....sekarang lokasi kami bertemu dengan bikers Bintulu.

Bergambar kenangan dengan Mat Castello dan isteri di depan kedai makan miliknya,Aki Igat pun ada sama. Abang Mat Castello ini sudah jelajah satu Thailand. Anaknya yang berbaju kuning (gambar bawah) merupakan seorang biker juga.

Anda mesti baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...