Sunday, February 27, 2011

Trans-Borneo Day 13 Bintulu again

Jarak antara Bintulu ke Kuching ialah sejauh 650km saja. Bintulu ke Miri atau Sibu dekat saja sekitar 215km.

Bintulu berkeluasan 7,220km persegi,luas juga bandar ini. Loji gas asli Malaysia iaitu LNG SDN. BHD lokasinya di Bintulu.

Tahukah anda?? Lapangan antarabangsa Bintulu memang HEBAT....Antara penerbangan antarabangsa yang dilakukan melalui laluan udara Bintulu ialah menuju terus ke lokasi Singapura, Hong Kong, Manila, Bangkok, dan Jakarta.

Thursday, February 24, 2011

Trans-Borneo Day 13 Bintulu

Bintulu....inilah gambar sekitar perjalanan ke Bandar Bintulu. Sekurang-kurangnya apa yang kami berdua lihat di Bintulu dapat dikongsi dengan para pembaca....layan saja mata melihat Bandar Bintulu.

Wednesday, February 23, 2011

Trans-Borneo Day 13 Bintulu....santai bersama Aki Igat

Mula-mula tengok...terfikir??? Keluar bintang juga,ialah ....tak pernah nampak di Semenanjung rupanya bangunan hospital swasta. Canggih...perkhidmatan kesihatan negara kita maju. Di mana-mana kita berhak mendapat perkhidmatan,sediakan wang saja layanan akan diberikan. Jom...speed lagi motor.

Taman lah....cantiknya,kalau di KL,Taman Tasik lah. Di sini tanah masih banyak...tengoklah tamannya siap pelbagai....tak perlu cerita,layan je gambar-gambar ni. Aki cakap kita rehat di depan sana...

Termasuk 2 kali lak...gambar ni...Mana pula Aki nak bawa kami ni.


Rehat sini kejab sambil menikmati pemandangan....memang cantik. Mula-mula tadi Aki bawa kami melintasi taman rekreasi....langsung ke sini tepi laut. Santai-santai,katanya. Maklumlah kami tak bermalam di Bintulu kami mahu terus ke Sibu sebentar lagi. Jauh perjalanan bermotor kami hari ini,tapi masih boleh santai bersama Aki.

Monday, February 21, 2011

Trans-Borneo Day 13 Bintulu- Jumpa Aki Igat


Limbang sudah,Miri pun sudah....sekarang kami ke Bintulu pula...Jom ! ikut apa ada di Bintulu?
Miri ke Bintulu,perjalanan yang agak santai. Sambil menikmati pemandangan persekitaran,kami berhenti di Surau Nur Islam....tanpa disangka-sangka kami berjumpa Aki Igat di sini. Memang kami ada janji dengan Aki Igat nak bertemu tapi di sempadan jalan masuk Bintulu. Begitu komited Aki Igat menjemput kami....TERIMA KASIH.

Tertanya-tanya juga,manalah Aki nak bawa kami berdua ni....Aki..! wait . Laju juga Aki pecut,maklumlah kampung dia...lupa lak.




Perkenalkan ini lah Aki Igat...handsome tak?....Jangan tak percaya dah bercucu ni,tapi masih gagah membawa kenderaan 2 roda ni,terbaru 2011 Aki Igat telah ke Cambodia...TAHNIAH...

Sunday, February 20, 2011

Trans-Borneo Day 13 Miri,Sarawak

Miri pun ada Tamu Muhibbahnya,tapi ketika kami berdua sampai sudah tengahari...orang pun dah balik rumah masak...


Tahukah anda apa maskot Miri? Kuda Laut merupakan maskot Bandaraya Miri. Ok...dah puas kita ronda Miri,kami tak boleh lama di sini. Aki Igat dah menunggu kami di Bintulu....Jom! kita vroommm ke BINTULU....bye-bye Miri,ada peluang, sihat tubuh badan kami akan sampai lagi.

Saturday, February 19, 2011

Trans-Borneo Day 13 Jom ronda di Bukit Kanada,Miri (Miriek)

Bergambar kenangan yang berlatar belakang Bandar Miri.

Inilah pemandangan Bandar Miri. Jom ke Bukit Kanada....

Bukit Kanada merupakan lokasi Telaga Minyak yang PERTAMA ditemui di Miri. Tahun 1910,Bukit Telaga Minyak (Bukit Kanada) menghasilkan minyak dan gas asli. Tahukah anda nama MIRI merupakan nama suku Miriek,iaitu bumiputera MIRI abad ke 16. Setelah kedatangan British namanya dikekalkan oleh orang Inggeris dengan MIRI. Agaknya mudah bagi mereka nak menyebutnya...
Ini Muzium yang ada di Bukit Kanada...Silalah masuk. Miri hanya 977.43km persegi,lokasinya di utara Sarawak. Pelbagai kaum di sini antaranya Cina, Melayu, Melanau, India, Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan dan Bidayuh serta Kedayan (keturunan Melayu-Brunei). Diiktiraf sebagai BANDARAYA pada tahun 2005. Kalau berkunjung ke MIRI silalah ke Taman Negara Lambir,atau ke Taman Negara Niah yang tersohor dengan penemuan insan tertua di Asia Tenggara di GUA BESAR....40 ribu tahun. Ahli kaji purba turut menjumpai tembikar,alat batu dan perhiasan di situ. Anda juga boleh ke Taman Negara Mulu dan Taman Buaya yang berhampiran.

Thursday, February 17, 2011

Trans-Borneo Day 13 Amir-Miri

Perkenalkan ini lah Amir atau Zack biker Miri yang menjadi tour guide rasmi kami di sana. Kalau pembaca nak tahu,amat sukar nak snap gambar Amir ni. Seorang pemalu,pada masa yang sama beliau sebenar seorang peramah.


Wednesday, February 16, 2011

Trans-Borneo Day 13 Food Sarawak

Ramai sangat nak tengok hidangan yang saya makan ketika di Miri,bersama biker Zack. Inilah hidangan makan tengahari pada hari tersebut. Memang BEST..! Terasa nak TERBANG ke sana lagi untuk  MAKAN . Apa-apa pun ribuan TERIMA KASIH pada biker Miri,Zack.....kerana hidangan yang lazat ini.

LELAPAN......nama menu yang diberi. Siap dengan nasi putih.

Tuesday, February 15, 2011

Trans-Borneo Day 13 Welcome to Miri,Sarawak

Selamat datang ke Sarawak. Itu lah papan tanda pertama setelah kami melangkah masuk ke Malaysia.

Betul ke Malaysia....tengoklah di belakang tu..,jom cop pasport dulu. Nak ke Miri. Tak sabar nak jumpa dengan Amir atau lebih dikenali dengan nama Zack,biker Miri.

Miri....wait ....kami menuju ke sana.

Janji temu kami di petrol pam yang pertama setelah masuk Miri. Abang Mat isi angin dulu sementara menanti Zack sampai.

Sampai saja terus kami dibawanya makan,kami order menu yang popular di restauran tersebut.

Perkenalkan ini biker Miri yang menjadi tour guide kami, Amir atau Zack.




Monday, February 14, 2011

Trans-Borneo Day 13 Brunei Darulsalam

Nak masuk negara orang kenalah lapor diri dulu.

Antara lokasi yang wajib kita tempuhi sebelum sampai di Sarawak. Cukup bangga dengan penggunaan dwi-tulisan di papan tanda.
Di sini pun ada papan tanda dwi-tulisan.

Kami santai membonceng di sini. Tak sempat nak maklumkan kehadiran kami pada rakan bikers Brunei.

Kebanyakkan rumah kediaman rakyat Brunei tidak berpagar,tidak seperti di Malaysia.

Kuala Belait merupakan lokasi kami.

Singgah sebentar di pejabat ini,menyelesaikan beberapa perkara tidak rasmi.

Antara gambar kediaman yang menarik minat saya.

Terasa nak pula bekerja di sini,kalau di Malaysia sekolah sampai 5 tingkat. Brunei hanya 2 tingkat. Untuk pengetahuan anda,Brunei tidak ada bangunan yang lebih tinggi dari Menara Masjid Negara Brunei. Ini merupakan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Brunei.
Inilah mini stadium yang berhampiran sekolah tadi.

Kami tak menyinggah di mana-mana pun sebab mengejar masa untuk pertemuan dengan rakan bikers di Miri.
Tertarik tak dengan gambar di atas....? Kita tengok lagi.

Ok....destinasi kami dah hampir.

Anda mesti baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...