Monday, January 31, 2011
Trans-Borneo Day 12 Lokasi Sindumin
View Larger Map
Pasti ramai dikalangan pembaca tertanya-tanya ...dimana sebenarnya Sindumin?? Perhatikan peta diatas,cari A2 disitulah lokasi Sindumin.Letaknya di sempadan antara Sabah,Sarawak dan Brunei.Ia merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di Teluk Brunei.Dikenali dengan nama "Mengalong" pada tahun 60-an.Jarak antara Sindumin dan Sipitang hanya 20km,bersempadan dengan Lawas (Sarawak).Mukim Sindumin mempunyai 22 buah kampung antaranya Kampung Mengalong,Kampung Banting,Kampung Sindumin Baru,Kampung Siputol,Kampung Sri Menanti dan Kampung Luagah.
Lokasi dan tarikh:
Sabah
| Reaksi: |
Saturday, January 29, 2011
Trans-Borneo Day 12 Imigresen Sindumin
Selesai menjamu sarapan yang enak,kami diiringi oleh Pakcik ke imigresen Sindumin menuju ke Sarawak.Terima kasih buat pakcik sekeluarga kerana bersusah-payah menyediakan sarapan dan menghantar kami berdua.Insyaallah ada rezeki,umur panjang dan sihat tubuh badan kami akan ke sini lagi.Selamat tinggal SABAH....
Lokasi dan tarikh:
Sabah
| Reaksi: |
Thursday, January 27, 2011
Trans-Borneo Day 12 Sindumin
Terkejut sungguh kami,tengoklah hidangan sarapan untuk kami berdua memenuhi 2 meja kopi.Terima kasih pakcik,makcik dan khasnya kawan kami Dayang.Sungguh sedap sarapan ini.
Kami kawan-kawan Sabah pasti selalu makan Jelurut ini.Rasanya enak dan kami dibekalkan juga untuk makan di perjalanan.
Kenangan bersama tuan rumah yang menyediakan sarapan kami.Terima kasih sekali lagi dari kami untuk pakcik sekeluarga.
Lokasi dan tarikh:
Menu
| Reaksi: |
Tuesday, January 25, 2011
Trans-Borneo Day 11 Sipitang
Ini kesesakan lalu-lintas selepas feri mendarat.Kami nak ke Sipitang ni,ada date dinner dengan kawan...jom !








Akhirnya sampai juga kami di Sipitang,bermalam di rumah rehat.Malamnya kami dinner dengan kawan yang telah beberapa hari menunggu di sini.Best juga satay Sipitang ni...sorry tau, tak publish gambar satay dah habis makan.Maklumlah lapar akibat bermain hujan ketika perjalanan ke sini.
Akhirnya sampai juga kami di Sipitang,bermalam di rumah rehat.Malamnya kami dinner dengan kawan yang telah beberapa hari menunggu di sini.Best juga satay Sipitang ni...sorry tau, tak publish gambar satay dah habis makan.Maklumlah lapar akibat bermain hujan ketika perjalanan ke sini.
Lokasi dan tarikh:
Sabah
| Reaksi: |
Sunday, January 23, 2011
Trans-Borneo Day 11 Bye2 Labuan
Bergambar kenangan sebelum bertolak dengan feri dari Pulau Labuan.....Memang seronok berada di Pulau Labuan walau seketika.Kalau ada rezeki kami akan ke sini lagi.Harap dengan kepelbagaian gambar yang saya paparkan ini akan dapat menceritakan suasana ketika sebelum,semasa dan kejadian yang berlaku sepanjang perjalanan kami berada diatas feri.
Lokasi dan tarikh:
Pulau Labuan
| Reaksi: |
Friday, January 21, 2011
Trans-Borneo Day 11 Tiket Feri di Pulau Labuan
Lokasi dan tarikh:
Tiket/Lesen
| Reaksi: |
Wednesday, January 19, 2011
Trans-Borneo Day 11 Round P.Labuan
Lokasi dan tarikh:
Pulau Labuan
| Reaksi: |
Tuesday, January 18, 2011
Trans-Borneo Day 11 Labuan- War Memorial
Antara tempat menarik di Pulau Labuan:
1.Terowong Tanjung Kubong -1849 hingga 1911.Merupakan pusat aktiviti arang batu dan dikendalikan oleh syarikat Inggeris selama 64 tahun.Apa nama syarikatnya? SYARIKAT NEW CENTRAL BORNEO.
2.Chimmey - terletak di kawasan tanah tinggi dengan susunan batu merah setinggi 106 kaki.Untuk pengetahuan anda batu merah sebanyak 23,000 diimport dari England.Cuba perhatikan ianya adalah dari stail British.Terletak di kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar.Misteri disebaliknya-dikenali sebagai rumah besar yang tidak siap,juga berfungsi sebagai rumah api yang digunakan sebagai menara loceng menanda kedatangan kapal pada zaman dahulu.
3.Taman Burung - mempunyai 3 sangkar gergasi berbentuk kubah.Didalamnya terdapat spesis burung Borneo.
4.Taman Damai terletak di layang-layangan,berhampiran Tapak Penyerahan (Surrender Point).Di lokasi inilah tentera Jepun menyerah diri kepada Angkatan Tentera DiRaja Australia ke 9 pada 9 September 1945.Bila pula Tentera jepun masuk ke Pulau Labuan? Pada 1 Januari 1942 Tentera Jepun sampai di Labuan,iaitu tidak sampai sebulan selepas masuk Kota Bharu.3 Januari 1942 Tentera Jepun mengambil-alih Pulau Labuan tanpa sebarang tentangan.Masih wujud sehingga kini jambatan batu dan tempat duduk hasil ilham Jepun,begitu juga Arca Gangsa sebagai tanda peringatan penyerahan Tentera Jepun yang dibina atas bongkah batu besar berhampiran pintu masuk.
5.Dataran Labuan - lokasinya di pusat bandar,menjadi tumpuan sebarang acara atau persembahan utama Pulau Labuan.
Maaf...sebahagian gambar saja dapat dipaparkan.
Lokasi dan tarikh:
Muzium/Memorial
| Reaksi: |
Subscribe to:
Posts (Atom)