Sunday, October 16, 2011

Pelabuhan Tanjung Priok


Seronok Trans-Indonesia kami ini,semua jenis pengangkutan kami cuba...Di Sumatera kami berakit menyeberangi sungai....melalui jalan berlopak dan jalan yang ditenggelami/mendap akibat ombak tsunami,berferi pula kami untuk ke Pulau Jawa...kali ini pun sama kami kena membeli tiket kapal untuk ke Kalimantan dari Pelabuhan Tanjung Periok. Perjalanan kali ini memakan masa selama 30 jam saja.


Pelabuhan Tanjung Priok ini terletak di Jakarta Utara.Kami amat berterima kasih kepada teman biker kami iaitu Temmy dan rakan-rakan yang berusaha keras mendapatkan tiket kapal kami.Untuk pengetahuan anda semua,tiket kapal ini perlu ditempah terlebih dahulu dan ianya mempunyai hari atau masa tertentu untuk meneruskan perjalanan ke Kalimantan. Hebat dan sibuknya Pelabuhan Tanjung Priok ini kerana mengendalikan 5 terminal baca bawah :

  1. Jakarta International Container Terminal I (JICT I)
  2. Jakarta International Container Terminal II (JICT II)
  3. Terminal Petikemas Koja (TPJ Koja)
  4. Mustika Alam Lestari (MAL)
  5. Multi Terminal Indonesia (MTI)



Pembaca boleh lihat sendiri banyaknya kontena yang berada di pelabuhan ini. Kami datang awal di pelabuhan ini untuk mengelakkan kesesakkan lalu-lintas dalam perjalanan ke sini,di samping itu juga kami mendapat bantuan seoarang lagi teman biker yang membantu memudahkan pergerakan kami berurusan di pelabuhan kelak....gambarnya akan saya paparkan di episod akan datang.


Akhirnya dapat juga kami berdua mengabadikan gambar kenang-kenangan yang berlatar-belakangkan Pelabuhan Tanjung Priok.

8 comments:

  1. bestnyaa mcm2 tmpt dh pergi kan..next nk kemana pula..huhu

    ReplyDelete
  2. untung dpt melancong...nie 1st time sy tau pasal tanjung periuk..

    ReplyDelete
  3. sibuk jugak pelabuhan tanjung priok ini...

    ReplyDelete
  4. hmm bila la boleh merasa jalan2 kat indonesia ni :D

    ReplyDelete
  5. salam ziarah,.
    terima kasih kembali kerana singgah ke blog ayu..

    wahhhhh
    peminat motor2 berkuasa besar.. tabik toing2 lah..

    hehehhe


    PS: thanks syer ttg negara sana..
    pekerja ayu ada 3 orang dari sana,
    lepas nie bolehlah ayu syer dan tau ttg negara mereka

    ReplyDelete
  6. Wah..bestnye kak dapat pg jalan-jalan..memang nak kena angkat sebijik superbike nie..hehe

    ReplyDelete
  7. wak baru baca tp nape foto makk semua hilang?? uhhUUU

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen

Kegemaran ramai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...