Kami masih di lokasi pertemuan kumpulan biker Blanksack,malah Abang Mat dilantik sebagai ahli kumpulan biker ini.
Uniknya acara melantik ahli kumpulan biker ini ialah dengan cara menghabiskan sebotol besar air mineral. Kata Pak Tewot air mineral itu merupakan minuman asas manusia dan bila kita amalkan meminum air dengan kadar yang banyak ianya membolehkan kesihatan diri terjamin sihat.Tahniah! kerana malam ini 2 orang berjaya dilantik sebagai ahli baru Blanksack.
Perkenalkan Sandy - rakan biker kami,Sandy menemani kami sepanjang hari ini. Malah turut menemani kami hingga ke lokasi penginapan.
Inilah gambar kenangan ketika acara meminum air mineral...Jangan pandang remeh,memang semua orang boleh minum sebotol air mineral tetapi ketika ini 2 orang biker (termasuk Abang Mat) dikehendaki menghabiskan sebotol besar air mineral pada masa itu juga....kalau boleh tanpa henti. Memang nak termuntah lah,maklumlah baru saja menghabiskan sepinggan nasi dan minum 1 teh botol....senak perut!.
Akhirnya Abang Mat berjaya juga menghabiskan...acara ini dan mendapat cenderahati dari biker Blanksack. Selesai semuanya,kami berjalan menuju ke pusat bandar untuk mencari lokasi penginapan malam ini. Malam pun macet/jem....itulah Jakarta.
Aduhai...! macet...macet....macet,walau sudah malam,kesesakkan tetap berlaku di Jakarta. Apa lagi bila terperangkap dalam kesesakkan lalu-lintas kami posing aje!
Tak tahan juga dengan kesesakan ini kami ambil keputusan berkumpul di satu lokasi,berhampiran dengan GIVI Jakarta....dan 2 orang kawan biker kami berpecah mencari lokasi penginapan kami. Maklumlah berkebetulan pula,malam ini kebanyakkan lokasi penginapan penuh...(yang berhampiran dengan pusat bandar ini),kenalah kawan biker kami mencari jauh sedikit dari bandar. Kami bergerak ke lokasi luar sedikit dari pusat bandar Jakarta,hampir 1 jam juga kami mencari. Seronok memang seronok sebab jam sudah menunjukkan jam 12.00 malam/pagi sudah...sesetengah lokasi penginapan menuntut penginapan disewa mengikut jam,ada juga lokasi penginapan membenarkan check-in ketika itu tetapi perlu check-out jam 8 pagi...Memang satu pengalaman..menarik mencari lokasi penginapan ini. Akhirnya kami berjaya menginap di Jalan Lebak Bulus.









Assalamualaikum Yong Cikgu,
ReplyDeleteJakarta memang selalu jam, dah rakyatnya berjuta-juta!
akk jauhnya berjalan ..
ReplyDeleteKak Yong/Moh Kembara...malam siang macetnya di Jakarta.
ReplyDeletePuanbee...dekat saja ini negara jiran kita....orang lain lagi jauh.