Perjalanan ke Sungai Penuh,Kebupaten Kerinci Propinsi Jambi- Part 1

Perjalanan ride hari memang jauh jarak 287km hampir 4-5 jam perjalanan motorsikal,pembaca akan saya sajikan dengan gambar pemandangan yang cantik sepanjang ride ini. Walau pun kami berempat lencun dek hujan lebat itu tidak mematahkan semangat kami bagi meneruskan perjalanan ke Sungai Penuh,Jambi.

www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Seronok ride hari ini sejuk dan nyaman sepanjang jalan. Apa tidaknya lokasi ride kami ialah menuju ke kawasan tanah tinggi. Lihatlah ladang teh ini,seperti di Cameron Highland. Bezanya di sini ladang teh terletak di pinggir jalan utama berbanding di Malaysia,ladang teh kita di kawasan yang agak terkawal oleh pihak pengurusan teh. Ada sesiapa nak kutip teh? Jom! ambil bakul kita kutip daun teh ini dan bawa pulang ke Malaysia.


View Larger Map

Untuk tatapan dan kajian umum saya paparkan peta perjalanan kami hari ini. Inilah laluan ride menuju ke Sungai Penuh,Jambi.

www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Turun,naik bukit perjalanan ride kali ini. Maklumlah kawasan tanah tinggi,lihatlah kediaman penduduk setempat pasti selesa dengan keadaan cuaca yang menyenangkan sepanjang hari. Seronok juga kalau dapat merasai suhu sejuk,tanpa perlu memasang  penghawa dingin.


www.ceritaku.my

Sepanjang perjalanan mata kami dijamu dengan pemandangan hijau. Sukar untuk melihat bangunan tinggi,malah seingat saya tiada langsung kelihatan.

www.ceritaku.my


Terdapat beberapa lokasi wisata/pelancongan bagi yang berminat meneroka Sungai Penuh ini. Anda boleh melawat 5 kecamatan iaitu Hamparan Rawan, Kumun Debai, Persisir Bukit, Sungai Penuh dan Tanah Kampung.Untuk lokasi wisata pula silalah ke Pesona Bukit Kayangan, Taman Bunga, Panorama Bina Karya dan Panorama Bukit San Thiong. Sebelum sampai di Sungai Penuh kita singgah di Solok dulu....lihat apa yang ada disitu.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home