Kerinci


www.ceritaku.my


Kerinci terletak dalam propinsi Jambi dan di bawah pemerintahan Sungai Penuh. Nama 'Kerinci' berasal dari bahasa Tamil "Kurinci",yang akhirnya membawa maksud 'Tanah pergunungan'. 

www.ceritaku.my


Budaya di Kerinci ini amat unik,ianya adalah dari campuran budaya Minang, Kerinci serta Melayu. Popular dengan Tarian Joged Sitinjau Laut. Pakaiannya adatnya pula sangat cantik. Kami berdua berpeluang memakai pakaian adatnya dan sempat berposing bersama ahli keluarga Rey Nold. Mama ..Rey Nold merupakan seorang pengusaha andaman pengantin di Kerinci,terima kasih mama kerana memberi peluang kami berdua mencuba pakaian adat yang amat cantik itu. Jom..! lihat gambarnya..

www.ceritaku.my
Pakaian Adat Kerinci
www.ceritaku.my
Bersama keluarga Rey Nold
www.ceritaku.my
Ayahanda Rey Nold

Tahukah anda di Kerinci ini terdapat lebih dari 30 dialek yang dituturkan. Hebat bukan orang Kerinci. Bagaimana pun bahasa Kerinci ini merupakan satu dari cabang bahasa Autronesia. Jangan risau bab bahasa ini bila anda ke sini mereka memahami bahasa kita dan kita juga memahami bahasa pertuturan mereka. Jangan lupa bahawa Bahasa Melayu adalah serumpun antara Malaysia dan Indonesia. Berbalik kisah ride kami, di Kerinci kami berdua hanya menginap semalaman saja. Kami kesuntukkan masa untuk menghabiskan ride ini.

www.ceritaku.my
Hotel di Kerinci

www.ceritaku.my

Sebelum kami dijemput oleh Rey Nold,sempatlah bersarapan nasi goreng di hotel ini. Janji jam 9.00 pagi akan dijemput Rey Nold untuk ke kedainya.

www.ceritaku.my

Simpan semua barangan dan memanaskan enjin ER6 kami.


Inilah lokasi beradu kami semalam,amat selesa. Apa tidaknya,biliknya tak perlu bantuan aircond untuk sejuk kerana cuaca di Kerinci sememangnya semulajadi sudah sejuk atau dingin bahasa pertuturan di sini. Sebelum terlupa,kami mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada UNITED BIKERS KERINCI yang menaja sepenuhnya penginapan kami ini.Budi kalian tetap segar dalam ingatan kami.

www.ceritaku.my

Seperti yang dijanjikan Rey Nold datang menjemput kami di hotel,rupanya hotel dengan kedainya amat dekat. Maklumlah semalam tiba sudah gelap gelita mana nak mengecam jalan...hihiii



www.ceritaku.my

Seperti biasa kami mendapat cenderahati,pemberian mereka.....Terima kasih.

Kami dibawa ke kedai kawan Rey Nold dan pekena kopi Kerinci...Sedap!

www.ceritaku.my

Peminat motor sibuk membelek ER6 kami,untuk pengetahuan anda waktu kami ride dengan motor ini Indonesia masih belum menjual jenis ini di negaranya.

www.ceritaku.my
Peminat cilik yang seronok dapat berposing atas ER6 kami..cute
www.ceritaku.my

Selesai minum kopi,saling bertukar-tukar cerita/pengalaman,tibalah masanya kami bertolak ke lokasi ride yang baru....Kami akan ditemani sendiri oleh Rey Nold, Tony Arya dan Hendra.Let's ride...!



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. wah kak best jek rasa journey nie.. byk pengalaman kan ;)

    ReplyDelete
  2. syok laaa jalan2 jauh.. vrooommm!!!

    ReplyDelete
  3. penaberkala...
    Betul ...ride di Indonesia ni...terus ke Jawa dan Kalimantan juga.

    iina..
    Sememangnya seronok...penuh pengalaman bermakna.

    kid..
    Vroommm,jauh dengan pengalaman yang berbeza..

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen