Cuba sekali.....

Iwww.ceritaku.my

Tak mencuba kita pasti tak mengetahui,bila dah cuba...ermmm seronoknya. Itu kata Abang Mat bila menunggang motorsikal milik Rey Nold,terima kasih Rey Nold kerana memberi kepercayaan kepada Abang Mat membawa kudanya ini,kalau tak silap baru usia sebulan motorsikal Rey Nold.

www.ceritaku.my

Laju juga menunggang motor baru milik Rey Nold,jalan pun sudah best untuk memecut tapi masih dalam kondisi berhati-hati dengan persekitaran. Inilah antara gambar kenangan ketika mencuba motorsikal Indonesia,seronok. Betullah kata orang tua-tua bila tak cuba kita tak tahu bila cuba sekali...SERONOKnya!

www.ceritaku.my

Di Muara Imat kami berpisah dan menghulurkan salam perpisahan  persaudaraan bikers yang terjalin antara kami,bikers United Kerinci pulang ke Kerinci melalui jalan yang sama semasa menghantar kami ke Muara Imat ini. Kami berdua pula kena meneruskan perjalanan menuju ke Bangko. Menurut maklumat awal yang mereka beritahu pada kami jalan yang kami bakal tempuhi lebih baik dan sempurna berbanding sebelumnya,malah sempat memesan supaya kami berhenti rehat bila penat dan berhati-hati di sepanjang perjalanan kelak...Terima kasih bikers.

www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Alhamdulillah setakat sejam pertama perjalanan kami,kondisi jalan raya/laluan utama kenderaan adalah lebih baik berbanding jalan mendaki bukit sebelumnya. Malah terdapat banyak kediaman berhampiran dengan jalan utama. seronok juga,kalau ada keperluan bolehlah segera memohon bantuan penduduk setempat.

www.ceritaku.my

Inilah pengangkutan awam yang bergerak sebagai nadi pengangkutan di sini. Malaysia tiada pengangkutan sebegini.Rasa macam nak cuba sekali...join naik duduk atas bumbung...wah! mesti seronok ni...Abang Mat boleh tak?

www.ceritaku.my
www.ceritaku.my
www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Anda dapat melihat sendiri berdasarkan gambar di atas,suasana kampungnya yang kaya dengan ekonomi penanaman padi,kemudahan pengangkutan sebagai penggerak sumber ekonomi setempat....kerajinan masyarakat mengusahakan tanah serta kemudahan pasar tempat himpunan jualan hasil bumi dari keringat peluh setiap pengusaha tanah.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home